Seorang wanita berusia 26 tahun ditemukan maut di sebuah bilik hotel di Hyderabad, India hari ini, dipercayai akibat membunuh diri.
Artikel Berkaitan: Wanita Maut Selepas Bersalin Di Rumah, Dipercayai Berpandukan Video YouTube
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Dipercayai Jatuh Ketika Mandi Di Bilik Air
Dakwa bunuh diri

Memetik sumber, mangsa dikenali Renuka menamatkan riwayat diri ketika sedang melakukan panggilan video bersama rakan lelakinya.
Siasatan awal mendapati, Renuka mendaftar masuk ke hotel yang terletak di kawasan Langar Houz itu bersama seorang lelaki pada jam 3 pagi, Rabu lalu.
Bagaimanapun, lelaki terbabit dilaporkan meninggalkan hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 malam Khamis manakala mangsa kekal berada di dalam bilik tersebut.
Menerusi kenyataan pihak hotel, mangsa yang juga ibu kepada seorang cahaya mata sempat memesan makan malam pada jam 11.56 malam sebelum menghubungi rakannya yang dikenali sebagai Satya melalui panggilan video.
Pihak kakitangan hotel segera menghubungi polis selepas menyedari insiden berkenaan.
Pasukan polis yang tiba di lokasi kejadian telah menjalankan pemeriksaan awal sebelum menghantar mayat mangsa ke hospital untuk proses bedah siasat.
Pihak berkuasa kini sedang menunggu laporan bedah siasat, manakala kes tersebut masih dalam siasatan polis.
Sumber: NDTV
The post Wanita Dipercayai Bun*h Diri Ketika Panggilan Video Bersama Rakan first appeared on OHBULAN!.





