27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ako Mustapha ‘Update’ Kondisi Anak, Dedah Isu Buli Dapat Perhatian Menteri Pendidikan – ‘Dia Alami Fobia & Trauma Psikologi’

    Shopee Sale

    Pelakon Ako Mustapha mendedahkan isu dakwaan anaknya, Mikael Iskandar Mustapha yang dibuli mendapat perhatian Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

    Artikel Berkaitan: Ako Mustapha Dakwa Anak Usia 10 Tahun Jadi Mangsa Buli – ‘Dekat Perut Ada Kesan Tapak Kasut & Tumbukan’

    Tunggu polis

    Ketika ditemui , Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, memaklumkan perjumpaan yang akan berlangsung pada hari esok akan turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan.

    Tambah Ako, dia hanya menyerahkan pihak atasan untuk menjalankan siasatan seterusnya ke atas isu Mikael yang didakwa dibuli oleh lima pelajar di sekolah.

    Kita tunggu polis untuk buat siasatan secara menyeluruh sebab kena buat betul-betul.

    Kena ada mesyuarat dengan semua pihak yang relevan.

    Benda ini dah jadi besar sampai Menteri Pendidikan pun nak datang untuk duduk sekali dalam mesyuarat kami.

    Mesyuarat yang akan datang ini melibatkan semua pihak, saya, ibu bapa mereka, pihak sekolah, polis, dan saya tak pasti kalau menteri pun akan duduk sekali.

    Ako berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, sebentar tadi.

    Keadaan anak

    Mengulas lanjut mengenai kondisi anaknya, Ako memaklumkan bahawa Mikael kini mula berkawan dengan pesakit lain sepanjang menerima rawatan susulan di hospital.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Berkongsi Pengalaman Merekam Lagu "Air Mata Syawal" - 'Walaupun Sedang Selesema, Suara Sengau, Tetapi Pak Ngah Kata Perlu Mengikut Mood'

    Menurut Ako, terdapat kesan lebam lain selain anaknya yang berusia 10 tahun itu menghidap fobia dan trauma psikologi.

    Alhamdulillah dia okay.

    Dekat hospital pun dia dah buat kawan baru, dah main-main.

    Tetapi pakar psikologi kanak-kanak, datang periksa dia betul-betul 100%, nampak ada lebam lain yang pada mulanya kami tak perasan.

    Dan dia sedang mengalami sedikit fobia dan trauma psikologi.

    Dalam pada itu, Ako menzahirkan harapan agar isu buli dapat ditangani sejak awal, demi memastikan anak-anak dapat mencipta memori yang lebih positif dan bermakna di sekolah.

    Sebelum ini, Ako memaklumkan kejadian yang menimpa Mikael hanya disedari selepas anaknya itu pulang dari sekolah dan selesai mandi.

    Polis kemudian mengesahkan menerima laporan anak Ako yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Wangsa Maju, di sini.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilapor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

    The post Ako Mustapha ‘Update’ Kondisi Anak, Dedah Isu Buli Dapat Perhatian Menteri Pendidikan – ‘Dia Alami Fobia & Trauma Psikologi’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah