29 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL39: Persembahan Ernie Zakri, Aina Abdul Terima ‘Standing Ovation’ Daripada Penonton

    Shopee Sale



    Penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul menerima standing ovation selepas menyampaikan lagu Aura dan Puas Sudah di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

    Persembahan power

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

    Menerusi siaran langsung di TV3, kedua-dua penyanyi tersebut menampilkan persembahan luar biasa yang berjaya memukau penonton. Kehebatan vokal serta kreativiti mereka di pentas AJL39 mendapat sorakan gemuruh dan standing ovation daripada penonton yang hadir Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Aina Abdul tampil mempersembahkan lagu Puas Sudah dengan penuh emosi, memperlihatkan keunikan gaya persembahannya yang sering menjadi bualan. Kali ini, Aina sekali lagi mencipta kejutan dengan mengenakan busana berwarna merah menyerupai bentuk jantung, simbolik kepada tema lagunya yang penuh penghayatan.

    MENARIK:  Keluarga Itu, Bidaah & Aku Bukan Ustazah 2 Antara Karya Tercalon Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’

    Sementara itu, Ernie Zakri pula memukau penonton dengan lagu Aura, bukan sahaja dengan vokalnya yang mantap tetapi juga kemampuannya bermain piano secara langsung di pentas. Persembahannya yang penuh emosi dan bertenaga menyerlahkan lagi keistimewaan lagu tersebut.

    Menjengah di media sosial, rata-rata warganet terpegun dengan persembahan kedua penyanyi itu. Tidak dinafikan, persembahan yang ditunjukkan kedua-dua penyanyi itu membuatkan penonton kagum selain terpukau dengan suara mereka.

    Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

    Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah