32 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga Itu, Bidaah & Aku Bukan Ustazah 2 Antara Karya Tercalon Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’

    Shopee Sale

    bakal menggegarkan TikTok Live pada 19 Disember ini dengan ‘ Paling Viral Online’, menampilkan 7 kategori menarik yang akan dipertandingkan bagi meraikan fenomena paling viral pilihan penonton.

    Drama Paling Viral

    Paling Viral Online diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada individu dan karya yang berjaya mencipta fenomena dalam dunia hiburan digital merangkumi selebriti, pempengaruh, pencipta konten, usahawan malah sehingga ke lagu, drama dan kelab peminat.

    Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti anugerah utama Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM), Drama Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Untuk siaran kali ini, ingin kongsikan kepada anda antara calon-calon bagi kategori ‘Drama Paling Viral’.

    Antara drama yang tercalon adalah;

    1. Aku Bukan Ustazah 2
    2. Bidaah 
    3. Bukan Sekadar Lafaz 2
    4. Dia Imamku
    5. Keluarga Itu 
    6. Langit Ke Tujuh
    7. Sekam Di Dada
    8. Seribu Tahun
    9. Wok
    10. Teratak Kasih Salina
    MENARIK:  [VIDEO] Britney Spears Umum Berkahwin Dengan Diri Sendiri Selepas Tiga Kali Menjanda

    Peminat boleh mula undi

    Tempoh undian bagi Paling Viral Online akan dibuka bermula hari ini (29 September) sehingga 25 November, dengan setiap peminat dibenarkan membuat sehingga 50 undian sehari.

    Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital. Malah, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: www..com/palingviralonline

    The post Keluarga Itu, Bidaah & Aku Bukan Ustazah 2 Antara Karya Tercalon Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah