28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ajai Jamin Tiada Konflik Kepentingan Di AIM25 – ‘Juri Terlibat Dalam Pencalonan Hanya Mendengar Tanpa Memegang Pena’

    Shopee Sale

    Ketua Juri Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), Ajai memberi jaminan bahawa tiada konflik kepentingan berlaku dalam kalangan barisan juri ketika menilai karya yang dipertandingkan.

    Artikel Berkaitan: AIM25: Aisha Retno Nafi ‘Diari Air Mata’ Tercalon Kerana Pilih Kasih – ‘Lagu Dipilih Atas Persetujuan Semua Juri’

    Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dominasi AIM25 Dengan 14 Pencalonan, Ini Senarai Penuh Setiap Kategori

    Tidak akan berlaku konflik kepentingam

    Ketika ditemui , Ajai atau nama lengkapnya Mohd Faizal Maas berkata, mana-mana juri yang mempunyai karya atau terlibat dalam pencalonan bagi kategori yang dipertandingkan akan dikecualikan daripada memberikan penilaian terhadap karya terbabit.

    Jelasnya lagi, langkah tersebut merupakan antara prosedur yang dilaksanakan bagi memastikan proses penjurian AIM25 berlangsung secara adil dan telus.

    RIM membuat undang-undang, kalau ada juri itu terlibat dalam pencalonan yang dijurikan, sebelum penjurian saya akan periksa. 

    Kalau lagu itu dia (juri) ada terbabit, jadi kena tandakan ‘S’. Dia (juri) hanya mendengar sahaja tanpa memegang pena (memberikan penilaian). Perkara itu akan dipantau oleh saya dan juga pihak RIM.

    Mengulas lanjut, Ajai berkata bahawa kebanyakan artis yang dipanggil sebagai juri juga tidak mengetahui bahawa karya mereka tercalon memandangkan proses penghantaran lagu dilakukan oleh pihak label.

    Untuk pengetahuan juga, bila mereka dipanggil pun, mereka tak tahu pun lagu-lagu mereka ada tercalon. Sebab penghantaran lagu dibuat oleh pihak label.

    Sudah semestinya, kalau pakarnya ada di situ, industri kecil. Kita harus menggunakan kepakaran yang ada sekarang. Sama ada yang lama ataupun yang terlibat dalam muzik sekarang.

    Saya selaku ketua juri, pun tak tahu lagu saya ada di dalam kategori Pop. Sebab kita berkarya dan berkhidmat. 

    Dalam pada itu, Ajai berkata kesemua juri yang terlibat setakat ini memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses penjurian dijalankan.

    MENARIK:  Ibu Aliff Aziz Rindu Ara Adreanna, Dedikasi Ucapan ‘Birthday’ Empat Tahun – ‘Tak Dapat Jumpa & Bercakap Hingga Hari Ini’

    The post Ajai Jamin Tiada Konflik Kepentingan Di AIM25 – ‘Juri Terlibat Dalam Pencalonan Hanya Mendengar Tanpa Memegang Pena’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah