Susulan sambutan menggalakkan pada musim lalu, Purina Felix Cat Fashion Week kembali pada tahun ini, sarat dengan gelagat comel si bulus.
Artikel Berkaitan: Kucing Anda Penuh Gaya? Sertai Uji Bakat Acara Terbesar, Cat Fashion Week!
Musim baharu

Dengan mengangkat tagline “Meow Menggoda, Comel Berganda”, edisi kedua Purina Felix Cat Fashion Week kini memasuki fasa Separuh Akhir yang menampilkan 20 pasangan pemilik bersama kucing kesayangan masing-masing.
Mereka sebelum ini berjaya melepasi sesi uji bakat yang dijalankan secara dalam talian.
Daripada jumlah tersebut, para peserta kini perlu memberikan aksi cemerlang bagi mendapatkan tempat dalam senarai 6 Terbaik, sebelum dipilih bagi meneruskan perjuangan ke pentas akhir untuk merebut gelaran Juara Purina Felix Cat Fashion Week.
Saingan Separuh Akhir menyaksikan pentas dipenuhi pelbagai penampilan unik apabila setiap meow-delbergandingan dengan pemilik masing-masing.
Pemilihan busana, aksesori serta konsep yang diketengahkan turut menyerlahkan personaliti dan keistimewaan mereka.
Lebih menarik, pertandingan kali ini menampilkan kucing daripada pelbagai latar baka, termasuk British Shorthair, American Longhair, Domestic Shorthair, Persian Mix, Maine Coon, Himalayan Persian, Tuxedo, Ragdoll, Semi Flat Face dan kucing kampung.
Kepelbagaian tersebut menjadikan setiap penampilan hadir dengan tarikan tersendiri, sekali gus menceriakan suasana sepanjang pertandingan berlangsung.
Setiap pasangan tampil dengan persembahan yang berbeza, ada yang mengetengahkan sisi manja dan bersahaja, manakala sebahagian lagi memilih penampilan lebih kreatif dan menghiburkan.
Dalam menentukan pemenang, penilaian tidak hanya tertumpu kepada penampilan luaran. Hubungan antara pemilik dan kucing, karakter si bulus, idea yang diketengahkan serta kebolehan pemilik menonjolkan daya tarikan kucing masing-masing turut diambil kira oleh barisan juri.
Barisan juri

Bagi menentukan enam pasangan terbaik yang bakal mara ke pentas akhir, peserta diadili oleh tiga juri berpengalaman iaitu Dr. Ima (Dr. Salehahtul Khuzaimah), doktor veterinar dengan kepakaran dalam penjagaan haiwan peliharaan kecil dan eksotik, Yuen Wai, wakil daripada The Federation International Feline (FIFe) dan Mark Adam, penyanyi, pelakon serta pencinta kucing.
Bagi Dr. Ima, kreativiti peserta perlu disertai dengan pemahaman terhadap keperluan dan keselesaan kucing,
Saya suka melihat kreativiti setiap peserta, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu pastikan kucing berada dalam keadaan selesa dan tidak tertekan.
Gaya yang cantik akan menjadi lebih bermakna apabila pemilik benar-benar memahami keperluan kucing mereka.
Yuen Wai pula bukan sahaja menilai chemistry antara kucing dan pemilik, malah turut memberi perhatian kepada aspek persiapan dan perapian kucing sepanjang sesi Separuh Akhir.
Bagi saya, bukan pakaian sahaja yang penting. Saya suka melihat chemistry antara kucing dan pemilik. Perapian kucing juga mencerminkan kasih sayang dan penjagaan pemilik. Kucing yang rapi dan yakin biasanya menunjukkan kucing dijaga dengan baik.
Sementara itu, Mark Adam menekankan keunikan personaliti setiap kucing serta hubungan mereka bersama pemilik.
Setiap kucing mempunyai personaliti yang berbeza. Ada yang sangat yakin, ada yang pemalu dan ada juga yang sangat aktif. Jadi, apa yang menarik ialah bagaimana pemilik dapat mengenali karakter mereka dan menunjukkannya melalui persembahan.
Saksikan perjalanan mereka melalui segmen Felix Cat Diary dan Purrfection Diary di platform digital TV3, manakala Capsule Cat Fashion Week pula di kaca televisyen anda.
Jangan lupa untuk menonton Cat Fashion Week Finale yang akan ditayangkan di TV3 pada 25 Oktober ini jam 9 malam.
Purina Felix Cat Fashion Week dibawakan oleh Felix sebagai penaja utama dan Meow Meow sebagai penaja bersama.
The post 20 ‘Meow-Del’ Mara Di Separuh Akhir Purina Felix Cat Fashion Week, Aksi Comel & Luar Biasa Jadi Taruhan Ke Final first appeared on OHBULAN!.





