29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Poket ‘Koyak’ Beli Barang Dapur? Ini 6 Tips Jimat Belanja Isi Rumah

    Shopee Sale

    Gaji baru masuk, tapi baru pergi grocery shopping sekali, tengok-tengok resit dah panjang berjela.

    Niat asal cuma nak beli barang dapur yang dah habis, tapi akhirnya ada pula snek, minuman, barang promosi dan macam-macam lagi dalam troli.

    Dalam keadaan harga dan kos harian yang boleh berubah-ubah, memang bukan mudah nak pastikan perbelanjaan isi rumah sentiasa terkawal.

    Tapi jangan pula sebab nak berjimat, korang sampai kena potong semua keperluan asas.

    Sebaliknya, ada beberapa perkara mudah yang boleh dibuat supaya korang masih boleh membeli apa yang diperlukan tanpa berbelanja secara melulu.

    Harga berubah-ubah, cara berbelanja pun kena lebih bijak

    Tan Sri Mohd Hassan Marican – Gambar Bernama

    Menurut Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), Tan Sri Mohd Hassan Marican, gangguan bekalan global yang berpanjangan boleh memberi tekanan kepada kos sara hidup, termasuk tenaga, makanan, pengangkutan dan barangan keperluan asas.

    Beliau turut menekankan bahawa pengguna perlu menyesuaikan tabiat penggunaan dan lebih berhemat dalam perbelanjaan isi rumah.

    “Dalam persekitaran ini, setiap penyesuaian amat penting, sama ada mengoptimumkan perjalanan, mengurangkan pembaziran elektrik dan bahan api, membina rantaian logistik yang lebih pintar, memaksimumkan pengangkutan awam, atau lebih berhemat dalam perbelanjaan isi rumah.” ujarnya.

    Berhemat adalah menggunakan sumber dan wang dengan lebih cekap, dan tidak hanya bermaksud mengurangkan keperluan asas.

    Jadi, daripada terus panik bila dengar harga barang mungkin berubah, lebih baik korang fokus pada perkara yang masih boleh dikawal iaitu cara berbelanja setiap hari.

    1. ‘Stalk’ dapur sebelum pergi shopping

    Sebelum keluar rumah, cuba buka peti ais dan kabinet dapur dulu. Tengok apa yang masih ada dan apa yang memang dah hampir habis.

    Kalau beras masih cukup, tak perlulah beli dua pek lagi hanya sebab nampak promosi. Begitu juga dengan minyak masak, tepung, sos atau barang lain yang masih banyak di rumah.

    Buat senarai barang yang betul-betul diperlukan dan cuba ikut senarai tersebut. Nampak macam perkara kecil, tapi cara ini boleh membantu korang elakkan pembelian spontan dan pembaziran.

    2. Jangan malas banding harga

    barang dapur

    Jangan terus ambil barang masuk troli sebab itu jenama yang korang selalu beli. Luangkan sedikit masa untuk tengok harga di kedai lain atau bandingkan dengan jenama serta saiz yang berbeza.

    Kadang-kadang beza RM1 atau RM2 untuk satu barang nampak macam tak banyak. Tapi kalau korang beli 10 atau 20 jenis barang, jumlah yang dijimatkan tu boleh jadi lebih terasa.

    Lebih-lebih lagi untuk barang yang memang korang beli setiap bulan.

    Pengguna juga boleh menggunakan platform seperti PriceCatcher untuk membuat semakan harga sebelum keluar membeli-belah.

    3. Tak salah cuba jenama atau saiz alternatif

    Kalau harga jenama kegemaran korang dah tak sesuai dengan bajet, cuba tengok pilihan lain. Tak semestinya kena tukar semua, tetapi untuk barangan tertentu, jenama alternatif yang menawarkan fungsi dan kualiti sesuai boleh dipertimbangkan.

    Jangan lupa bandingkan juga harga mengikut berat atau kuantiti. Kadang-kadang pek besar nampak lebih berbaloi, tetapi bila dikira harga seunit, rupanya pilihan lain lebih sesuai dengan bajet.

    Jangan hanya tengok harga pada label. Kira juga harga bagi setiap kilogram, liter atau unit jika boleh. Jadi, jangan pilih semata-mata berdasarkan saiz atau jenama. Tengok harga, kuantiti dan keperluan sebenar.

    MENARIK:  Teman Lelaki Noor Nabila Jual Mee Kari RM15.90 Semangkuk

    4. ‘Stop’ panic buying, jangan terus borong

    Ini antara perkara yang paling penting. Baru nampak berita atau hantaran media sosial kata sesuatu barang mungkin naik harga, terus rasa nak beli lima atau 10 pek.

    Padahal stok di rumah masih ada.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T. Saravanan, pengguna tidak perlu panik kerana keadaan bekalan dan harga sekarang masih stabil.

    “Pada peringkat ini, pengguna tidak perlu panik kerana bekalan dan harga masih kekal stabil. Bagaimanapun, pengguna disarankan untuk terus berbelanja secara berhemah, mengelakkan pembelian panik, dan sentiasa peka terhadap perubahan harga.” ujarnya.

    Beliau turut menggalakkan pengguna merancang perbelanjaan dengan lebih teliti dan mengutamakan keperluan asas bagi mengelakkan tekanan kewangan.

    Jadi, sebelum korang mula memenuhi troli dengan barang yang belum tentu diperlukan, semak dulu maklumat tersebut dan beli mengikut keperluan sebenar.

    5. Kurangkan pembaziran

    Nak berjimat tak bermaksud korang kena ikat perut. Sebaliknya, cuba tengok apa yang boleh dikurangkan daripada segi pembaziran.

    Contohnya, beli bahan mentah mengikut jumlah yang biasanya boleh dihabiskan oleh keluarga.

    Tak adalah nanti sayur dah berlendir dalam peti ais atau lauk yang dibeli terlalu banyak akhirnya masuk tong sampah.

    Hal yang sama boleh diamalkan untuk penggunaan elektrik, air dan bahan api.

    “Setiap liter penggunaan bahan api yang tidak perlu, setiap pembelian panik dan setiap bentuk pembaziran bakal menambah tekanan kepada sistem bekalan yang sudah tertekan.” tambahnya.

    Maksudnya, kita tak semestinya perlu mengurangkan keperluan asas. Kurangkan pembaziran pun dah boleh jadi satu langkah bijak.

    6. Simpan resit, jangan terus buang

    Lepas bayar, simpan resit sekurang-kurangnya sehingga korang semak semula pembelian.

    Resit penting sebagai bukti sekiranya terdapat masalah dengan barangan yang dibeli atau korang perlu mendapatkan penjelasan berkaitan sesuatu transaksi.

    Kalau korang ternampak kenaikan harga yang tidak munasabah, gunakan resit tersebut untuk membuat aduan rasmi..

    Saravanan turut mengingatkan pengguna supaya melaporkan kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

    Tak perlu ikat perut, cuma kena lebih terancang

    Hakikatnya, kita tak boleh kawal semua perkara yang berlaku dalam rantaian bekalan atau pasaran global.

    Tetapi kita masih boleh kawal cara kita membuat keputusan setiap kali berbelanja.

    Seperti yang digariskan dalam panduan ini, pengguna boleh memainkan peranan dengan memahami situasi semasa, bersedia menghadapi ketidaktentuan dan menyesuaikan amalan perbelanjaan harian.

    Jadi, tak perlu terus panik bila dengar harga barang mungkin berubah.

    Mulakan dengan benda yang mudah seperti buat senarai sebelum shopping, bandingkan harga, pertimbangkan alternatif, elakkan pembelian panik dan kurangkan pembaziran.

    Sebab berbelanja bijak bukan bermaksud korang tak boleh beli apa-apa. Cuma pastikan setiap ringgit yang keluar memang untuk benda yang korang perlukan dan mampu.

    Untuk maklumat lanjut dan perkembangan semasa mengenai pemantauan bekalan, korang boleh layari laman rasmi Pemantauan Krisis Bekalan Global atau ikuti media sosial rasmi Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

    The post Poket ‘Koyak’ Beli Barang Dapur? Ini 6 Tips Jimat Belanja Isi Rumah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah