Program anjuran Pertubuhan Ummah Malaysia (PUMA) dengan kerjasama Masjid Habib dan Yayasan Restu itu berlangsung meriah di Masjid Habib, Tanjung Tokong pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Masalah Paru-Paru Lemah, Kalau Sakit Ambil Masa Lama Untuk Sembuh’ – Marsha Milan
Artikel Berkaitan: Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’
Maulid Akbar bukan sekadar memperingati kelahiran Rasulullah SAW

Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat menghimpunkan jemaah dari sekitar Pulau Pinang dan negeri-negeri lain dalam suasana penuh mahabbah menerusi alunan selawat, bacaan maulid, qasidah dan pengisian agama.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai jemputan khas, selain persembahan qasidah daripada kumpulan Angham Anisah yang dipimpin Ustaz Ibrahim Al-Ansari dan Gus Husaini.
Program dimulakan dengan Perarakan Maulid, diikuti bacaan Wirdul Latif, solat Maghrib berjemaah, bacaan Maulid Dhiya’ul Lami’ dan tausiah sebelum ditutup dengan solat Isyak serta jamuan rakyat.
Menurut presiden Pertubuhan Ummah Malaysia, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, penganjuran Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat bukan sekadar sebuah majlis memperingati kelahiran Rasulullah SAW, tetapi merupakan usaha untuk menghidupkan budaya selawat dan menyuburkan kecintaan kepada Baginda dalam kehidupan masyarakat.
Kita mahu masyarakat bukan sahaja mengenali Rasulullah SAW, tetapi mencintai Baginda, memperbanyakkan selawat dan menjadikan akhlak serta sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan.
Tambahnya, program tersebut turut menjadi wadah untuk memperkukuhkan ukhuwah dan menyatukan masyarakat melalui majlis ilmu, selawat serta semangat persaudaraan.
Malah, sambutan yang diterima juga dikatakan jauh melebihi sasaran awal pihak penganjur.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima di luar jangkaan. Pada mulanya kita sasar 2000 jemaah, tetapi yang hadir melebihi 3000. Kehadiran yang begitu memberangsangkan membuktikan bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW mampu menyatukan hati dan menjadi titik temu seluruh umat.
Dapat sambutan meriah

Dalam pada itu, Mohamed Shaiful Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memastikan program berkenaan berjalan lancar.
Terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Masjid Habib, Yayasan Restu, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, kumpulan qasidah Angham Anisah, keluarga besar Bukit Bendera, para penaja, pihak berkuasa, sukarelawan, petugas serta seluruh para jemaah dan hadirin yang hadir, yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.
Kami mendapat banyak maklum balas positif termasuklah dari negeri lain tentang program ini. Kami berharap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan penghayatan Islam dalam kalangan semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda di Pulau Pinang.
Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat diharapkan menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak program yang membawa masyarakat mendekati Rasulullah SAW melalui selawat, ilmu, akhlak dan ukhuwah.
Dengan kehadiran lebih 3,000 jemaah, Maulid Akbar Bukit Bendera Berselawat bukan sahaja menjadi ruang untuk berselawat dan menimba ilmu, malah turut memperlihatkan bagaimana majlis sebegini mampu menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh kecintaan dan persaudaraan.
The post Penuh Mahabbah! Lebih 3,000 Jemaah Berselawat, Meriahkan Maulid Akbar Bukit Bendera first appeared on OHBULAN!.





