29.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AIM25: Aisha Retno Nafi ‘Diari Air Mata’ Tercalon Kerana Pilih Kasih – ‘Lagu Dipilih Atas Persetujuan Semua Juri’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno menolak dakwaan bahawa pencalonannya menerusi lagu Diari Air Mata dalam Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) dipengaruhi unsur pilih kasih.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dedah Sebab Menangis Selepas Persembahan AJL40 – ‘Tangisan Kelegaan’

    Artikel Berkaitan: Ramalan Neelofa Kembali! Pilih Aina Abdul, Aisha Retno & K.O.I Ungguli AJL40

    Aisha Retno nafi pencalonan kerana ‘pilih kasih’

    Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata setiap karya yang terpilih telah melalui proses penelitian membabitkan barisan juri profesional dan bukan ditentukan oleh ketua juri sahaja.

    Malah, dia menjelaskan bahawa Ajai yang merupakan komposer Diari Air Mata dan ketua juri AIM25 tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pencalonan tersebut.

    Kita ada ramai juri jadi semua lagu yang dicalonkan adalah berdasarkan persetujuan semua juri yang terlibat dan bukan hanya ketua juri sahaja. 

    Aisha berkata demikian ketika ditemui  pada Majlis Pengumuman Top 5 AIM25, pada Rabu.

    Dalam pada itu, Aisha mengakui bahawa pencalonan tersebut merupakan satu penghargaan terhadap Diari Air Mata yang sebelum ini kurang mendapat perhatian berbanding karya-karyanya yang lain.

    Saya sendiri sangat bersyukur untuk Diari Air Mata sebab lagu itu paling ‘underrated’ saya pernah ada buat masa ini.

    Dari segi penulisan Diari Air Mata satu-satunya lagi tak dinukilkan sendiri, sepenuhnya ditulis oleh Abang Ajai.

    Lagu Tak Adil setahun baru naik. Memang saya cuba untuk ‘push’ lagu ini dan ramai juga yang suka tapi belum diketengahkan.

    Pelantun Sutera itu turut meluahkan rasa terharu kerana berpeluang meraikan pencapaian di pentas AIM25 bersama adiknya yang terlibat sebagai produser.

    Ini pertama kali pencalonan di AIM. Saya rasa sangat bersyukur, terima kasih AIM25 dan saya masih lagi anak muda seni yang perlu belajar banyak lagi. Dapat Top 5 pun sangat gembira.

    Paling sebak sebab boleh bawa adik sendiri selaku produser, insyaAllah yang baik-baik. Ada orang kata lagu saya pelik tapi saya buat ini untuk industri, bukan buat saya.

    Terima kasih kepada sokongan yang tak henti-henti.

    Untuk info, Aisha mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima lapan pencalonan di AIM25.

    MENARIK:  Pekin Ibrahim Nafi Sambut Krismas, Terkilan Video Isteri Tak Berhijab Tersebar

    Antaranya termasuk Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan, Album Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik.

    Dua lagi pencalonan diraih menerusi karya yang dihasilkannya dalam kategori Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Perayaan Terbaik.

    The post AIM25: Aisha Retno Nafi ‘Diari Air Mata’ Tercalon Kerana Pilih Kasih – ‘Lagu Dipilih Atas Persetujuan Semua Juri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah