28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Aliff Aziz Rindu Ara Adreanna, Dedikasi Ucapan ‘Birthday’ Empat Tahun – ‘Tak Dapat Jumpa & Bercakap Hingga Hari Ini’

    Shopee Sale



    Ara Adreanna

    Anak perempuan kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Ara Adreanna menyambut ulang tahun kelahiran ke empat pada 18 Julai.

    Birthday Ara

    Ara Adreanna

    Bersempena hari bermakna itu, ibu Aliff iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan istimewa buat cucu tercinta.

    Birthday wish untuk cucu tercinta saya, Ara Adreanna. Sanah Helwa buat cucu Umi Wan (Hafiza) dan Tok Ayah (Aziz), Ara Adreanna yang sangat kami rindui.

    Masya-Allah alhamdulillah. Ara awak sudah berusia empat tahun hari ini.

    Umi wan, tok ayah, daddy, aunty Aisyah dan aunty Ain doakan Ara panjang umur menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

    Hafiza menitipkan ucapan itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

    Menerusi hantaran sama, Hafiza mendakwa dia sudah lama tidak berjumpa dengan Ara dan akan berusaha untuk bertemu dengannya.

    Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tak akan berhenti berusaha untuk jumpa kerana awak sebahagian dari darah daging kami.

    Sekadar info, Ara Adreanna merupakan anak kedua hasil perkahwinan Aliff Aziz dengan Bella Astillah.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Dia Cuba Masukkan Tangan Dalam Sut Renang Saya’ – Yasmin Hani Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan S*ksual

    Aliff dan Bella pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 13 Jun lalu.

    Selain Ara, mereka juga memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean, 7.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah