31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aizat Saha Kongsi Pengalaman Berpuasa Atas Awan – ‘Momen Yang Tak Dapat Dilupakan’

    Shopee Sale



    Aizat Saha

    Pempengaruh dan pelakon, Aizat Saha berkongsi pengalaman berpuasa di atas awan biru sewaktu masih bekerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan.

    Puasa atas awan

    Aizat Saha

    Aizat atau nama lengkap Mohd Aizat Saharuddin, berkata, suasana berbuka puasa dalam pesawat bersama krew dan penumpang merupakan kenangan yang cukup menyeronokkan.

    Saya pernah berpuasa ketika penerbangan. Kalau kebiasaannya kita berbuka dekat bawah (darat), tapi waktu itu berbuka atas (awan).

    Suasana sudah pasti lain, dapat pengalaman berbuka dengan rakan krew dan penumpang. Itu antara momen yang tidak dapat dilupakan.

    Bagaimanapun, sepanjang berkhidmat sebagai anak kapal, Aizat memberitahu tidak pernah mempunyai pengalaman menyambut Hari Raya dalam penerbangan.

    Soalan jodoh

    Aizat Saha

    Berkongsi mengenai persiapan Aidilfitri, Aizat berkata, dia akan pulang ke kampung halaman di Johor.

    Katanya, dia juga sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan daripada saudara mara mengenai jodoh.

    Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan balik beraya di Johor. Saya masih bujang, jadi tidak ke tempat lain kecuali kampung, raya dengan keluarga.

    Saya juga dah sedia dengan soalan-soalan yang akan ditanya, ‘bila nak kahwin’ oleh saudara mara. Kalau ibu saya dia jarang bertanya tentang itu sebab dia tahu saya mahu fokus kerja.

    Dalam pada itu, ditanya pernakah berdepan situasi peminat serbu ke rumah untuk beraya, Aizat menjawab perkata itu tidak pernah terjadi.

    Semenjak dikenali, tiada lagi orang nak serang rumah saya untuk beraya. Tetapi ada yang DM beritahu duduk sekitar kawasan rumah saya, dia nak datang beraya.

    MENARIK:  Bayi 6 Bulan Mati Didakwa Lemas Dalam Selimut, Pengasuh Tak Sedar Sebab Sibuk Buat Kerja Rumah – ‘Bibir Dia Sudah Biru..’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah