27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Mahu Hadiri Sesi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical – ‘Tak Salah Mencuba’

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.

    Artikel Berkaitan: Individu Kondem Stamina Penyanyi, Aisha Retno Tampil Bersuara – ‘Kami Alami Keletihan Vokal, Satu Hari Lima Show’

    Artikel Berkaitan: AJL40 SA: Aisha Retno Akui Agak Penat, Terima Teguran Persembahan Kurang Bertenaga – ‘Terima Kasih Kerana Prihatin’

    Aisha Retno nak sertai uji bakat PGLM

    Ketika ditemui , Aisha beranggapan peluang itu sebagai sesuatu yang cukup bermakna memandangkan dia sudah lama menyimpan impian untuk terlibat dalam produksi berkenaan sejak kecil lagi.

    Memang impian saya untuk menyertai PGL. Dari kecil dulu saya menonton filem PGL. Bila dengar ura-ura teater muzikal PGL akan dibuat semula pada Oktober ini, saya tak nak lepaskan peluang.

    Tapi saya perlu membahagikan masa dengan baik supaya saya cukup rehat sebab menjayakan teater muzikal bukannya mudah. Komitmennya besar, di mana kita kena menyanyi live sambil berlakon.

    Saya akan pergi ke sesi uji bakat, tengoklah sama ada saya lepas atau tidak. Saya lihat di media sosial, uji bakat akan diadakan pada 29 April ini. Saya nak pergi sebab tak salah mencuba.

    Pelantun lagu Jodoh Lebaran itu turut memaklumkan dia bercadang menghadiri sesi uji bakat yang dijadualkan berlangsung pada 29 April ini, walaupun sedar cabaran yang bakal dihadapi bukanlah mudah.

    MENARIK:  ‘Urusan Keluarga Sepatutnya Diselesaikan Antara Ahli Keluarga’ – Syamsul Yusof

    Dalam masa sama, Aisha mengakui akan kekurangan dirinya dalam bidang lakonan dan mengakui masih banyak ruang untuk diperbaiki.

    Memang saya akui ada yang cakap Aisha Retno tak pandai berlakon, tapi saya pernah berlakon cuma tak ‘master’ dalam bidang ini. Jadi mungkin ada beberapa perkara yang perlu saya perbaiki dan saya akan cuba.

    Tapi saingan pasti sengit sebab ramai di Malaysia ini yang berbakat, lagu-lagunya pun agak sukar, jadi saya seru juga orang ramai untuk turut sertai dan meriahkan uji bakat PGL ini.

    Terdahulu, produksi teater muzikal ikonik ini bakal dihidupkan semula di bawah kendalian Tiara Jacquelina, yang membuka peluang kepada bakat baharu untuk menggalas watak-watak penting.

    Antara karakter utama yang akan dipertandingkan termasuk Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Sultan, Adipati dan Bayan, yang bakal diberi nafas baharu untuk generasi penonton masa kini.

    The post Aisha Retno Mahu Hadiri Sesi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical – ‘Tak Salah Mencuba’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah