
Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino akui sedikit tertekan apabila sering diajukan dengan soalan tentang cahaya mata selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Tak merancang
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri memaklumkan bahawa dia dan isteri, Che Syarah Haifa tidak pernah merancang soal zuriat.
Sebenarnya saya dan isteri tidak pernah merancang untuk menimbang cahaya mata malah kami juga tidak terlalu memikirkannya.
Kalau Allah kurniakan kami rezeki Alhamdulillah.
Walau bagaimanapun, Aiman dan isteri akui terkesan apabila sering dihujani dengan persoalan tentang anak ketika bertemu saudara-mara dan rakan-rakan mereka.
Apabila sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, kami makin terasa kerana ramai yang bertanya tentang anak.
Terutama ketika hari raya, ramai saudara mara yang bertanya dan daripada situ kami sedikit terkesan.
Bukanlah terlalu terkesan, namun pada saya mereka tidak sepatutnya mempersoalkan tentang rezeki.
Aiman berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era yang berlangsung di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul pada Jumaat.
Lebih sensitif

Penyanyi berusia 27 tahun tersebut juga memaklumkan bahawa dia dan isteri pernah merujuk pakar perubatan berkenaan kesuburan namun belum merancang untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF).
Saya dan isteri masih usaha dan kami juga ada berjumpa dengan doktor.
Namun kami belum berfikir untuk buat IVF sebab kami berdua tidak ada masalah untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Rela Dibenci tersebut berpendapat, setiap individu perlulah lebih sensitif ketika mengajukan soalan berkenaan zuriat terhadap pasangan suami isteri.
Pada saya tidak salah untuk bertanya namun perlulah dengan cara yang baik.
Saya selalu berkata kepada isteri supaya bersabar apabila diajukan dengan soalan seperti itu.
Emosi dia tidaklah terlalu terganggu tapi saya tahu dia terasa apabila dia senyap sahaja selepas ada yang bertanya soal anak kepadanya.
Sekadar info, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023.





