26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RCI Tabung Haji: PM panggil sidang khas parlimen secepat mungkin

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan sidang khas Parlimen bagi membincangkan Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) diadakan secepat mungkin.

    Beliau berkata bagaimanapun tarikh sebenar persidangan perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul.

    “Sidang Khas Parlimen juga kita dah putuskan tadi cuma tarikh kita kena dapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat.

    "Saya dah cadangkan secepat mungkin supaya ada masa sekarang untuk ahli-ahli Dewan Rakyat meneliti dan juga mendengar penjelasan lanjut kemudian membahas secara terbuka sepanjang hari,” kata beliau.

    Perdana Menteri berkata kepada pemberita selepas program Temu Anwar bersama-sama lebih 2,000 pelajar Tingkatan Enam dan Politeknik Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

    Anwar berkata keputusan Jemaah Menteri untuk membuka siasatan secara telus hingga ke akar umbi bukan sahaja meliputi perkara yang disiasat pada 2014 dan 2017, tetapi juga merangkumi perkembangan pada 2018, 2019 dan 2020 serta langkah pemulihan yang dilaksanakan selepas itu.

    Perdana Menteri berkata rakyat perlu diberi ruang untuk menilai keseluruhan perkara berkenaan berdasarkan laporan dan penjelasan yang dikemukakan.

    MENARIK:  Najib nafi bertanggungjawab pelaburan 1MDB rugi AS$1 bilion

    Dalam pada itu, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Gabenornya ketika itu telah memberikan amaran pada 2014 dan 2017 mengenai perkara berkenaan, namun langkah sewajarnya tidak diambil sebelum keadaan menjadi lebih buruk pada 2018.

    “(Laporan) itu nanti keluar dalam laporan penuh dan lengkap RCI mengenai Tabung Haji... ternyata amaran awal telah diberikan 2014, (dan) 2017, tidak diendahkan dan itu menyebabkan kerugian besar,” kata beliau.

    Justeru, Anwar berkata langkah menyiasat perkara itu bukanlah bertujuan membongkar kisah lama sebaliknya menjadi pengajaran supaya perbuatan yang boleh merosakkan institusi dan mengkhianati amanah rakyat tidak berulang.

    Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa Laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020 akan dibuat pengelasan semula dan didedahkan hari ini.

    Fahmi berkata laporan berkenaan juga akan dibentangkan dan dibahaskan pada satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah