Penyanyi Kaka Azraff seakan memberi bayangan berdepan cabaran dalam menguruskan anak-anak apabila tidak dapat kerjasama daripada individu yang tidak didedahkan identitinya.
Artikel Berkaitan: ‘Pertama Kali Selepas Sekian Lama, Aku Tidak Takut Pada Masa Depan’ – Kaka Azraff
Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Cerai Kali Kedua Dengan Adam Azriff – ‘Sekurangnya Kami Sudah Mencuba’
Co-parenting

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, menyifatkan urusan ‘co-parenting’ menjadi sukar apabila tiada komunikasi yang baik antara kedua belah pihak.
Menurut pelantun lagu Gila itu, pengurusan anak-anak tanpa komunikasi turut memberi kesan kepada orang luar yang terpaksa menjadi orang tengah.
Co-parenting dengan individu yang tidak tahu berkomunikasi memang bukan sesuatu yang mudah.
Anak-anak dan orang sekeliling pula menjadi mangsa.
Suruh anak kecil tanya, hubungai kawan-kawan untuk berkomunikasi.
Memang tak masuk akal.
Untuk rekod, Kaka pernah bercerai pada 28 Oktober 2024 sebelum kembali rujuk pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, Aryan dan Atta Adam.
Sumber: Threads @kakaazraff
The post ‘Co-Parenting Dengan Orang yang Tak Tahu Komunikasi Tak Mudah’ – Kaka Azraff first appeared on OHBULAN!.





