Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma, tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan adiknya itu telah kembali rujuk bersama bekas suami, Adnan Abu dalam tempoh iddah.
Artikel Berkaitan: Adira & Datuk Red Didakwa Sudah Kembali Rujuk? Kakak Respon – ‘Celah Mana? Satu Keluarga Terkejut’
Keluarga buka mulut

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Emma menegaskan bahawa mereka sekeluarga tidak tahu menahu tentang tindakan Adnan yang memfailkan pengesahan rujuk di mahkamah.
Ye memang betul Adnan (Datuk Red) ada failkan dekat mahkamah. Kami sekeluarga baru dapat info tentang ini dua hari lalu, dan setahu kami apa yang kami lihat tiada tanda-tanda rujuk selama diorang dah cerai.
Memang 1 minggu sebelum Adnan ke umrah dia ada menyatakan hali ini secara tiba-tiba setelah cinta di tolak.
Dalam pada itu, Emma yang juga seorang penyanyi dan penyampai radio meminta bekas abang iparnya itu berhenti mengharap dan menerima kenyataan bahawa hubungannya dengan Adira sudah berakhir.
Dia paksa dengan macam macam cara sampai cara paling tidak selesa. Adira dah nak move on dia tak terima.
Adira dah jumpa jalan keluar dan bawa haluan sendiri Adnan pula ke mahkamah. Keluarga semua terkejut dan tidak bersetuju tentang hal ini.
Keluarga nak Adira bahagia

Jelas Emma, mereka sekeluarga mahu melihat kedua-dua pihak memulakan hidup baru dan mengecap kebahagiaan masing-masing.
Kami sekeluarga nak diorang ada hidup baru. Doa yang terbaik buat kedua dua nya. Adira layak bahgia, Adnan pun layak bahagia.
Tapi untuk biarkan adik kami ditempat yang sama dengan drama yang tak henti, masalah yang tiada penghujung. Berjuang sendiri, Bertahan bukan lagi pilihan.
Buat Adnan, bila tak mampu beri bahagia jangan hulurkan sengsara dan sakit berpanjangan.
Emma mendedahkan bahawa pihak keluarga kini hilang sabar selepas hampir sedekad berdepan kemelut yang sama. Oleh itu, mereka sepakat untuk bersuara demi menyokong Adira memulakan kehidupan baharu yang lebih baik.
Dah lama sangat dah beri sokongan untuk mereka bersatu. Lama juga keluarga berdiam seperti tak mampu buat apa apa. Semua ini hanyalah proses untuk adik saya mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Mak kata, tak apa Adira teruskan lawan. Kami sekeluarga kali ni memilih untuk bersuara. cukup hampir 10 tahun lalui hal yang Sama. Anggap ini jalan yang Allah tunjuk untuk mereka berdua.
Setelah dia pulang umrah ada sesuatu yang di luar jangka terjadi buat kami sekeluarga bersatu hati untuk berdiri di belakang adik kami.
Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu, mengejutkan ramai pihak memandangkan hubungan mereka sebelum ini dilihat masih baik demi kebajikan anak-anak.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3 tahun.
Sumber: Instagram Emma Suhaimi
The post ‘Adnan..Bila Tak Mampu Beri Bahagia, Jangan Hulurkan Sengsara & Sakit Berpanjangan’ – Kakak Adira Suhaimi first appeared on OHBULAN!.





