29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elfira Loy Pujuk Kanak-Kanak Kening Bersambung, Akui Faham Situasi Diejek – ‘Saya Buat Tak Tahu Sampai Jadi Signature’

    Shopee Sale

    Pelakon Elfira Loy tampil memberikan respons terhadap kisah seorang kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa ejekan kerana memiliki kening yang bersambung.

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Bergaul Dengan Ramai Suri Rumah, Baru Tahu Seronok Jadi Ibu’ – Elfira Loy

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Lebih Memilih Bermain Pickleball Daripada Berlakon’ – Elfira Loy Tinggalkan ‘Sekejap’ Dunia Seni

    Kening bersambung

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi kisah anak perempuannya yang bertindak memotong bulu kening selepas menjadi bahan ejekan rakan-rakan.

    Saya perhati kening anak saya nampak pelik. Saya tanya, dia mengaku gunting bulu kening.

    Mula-mula nak marah tapi saya sabar dan tanya elok-elok.

    Rupanya dia cakap kawan ejek. Kawan dia cakap kening bersambung.

    Dia rasa tak yakin. Terus saya menangis.

    Ciapan tersebut meraih perhatian Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, yang turut sebak membaca kisah yang dikongsikan.

    MENARIK:  Ini Cara Improvise Kuih Raya Korang Supaya Jadi Bualan Keluarga dan Rakan-rakan

    Menurut Elfira, dia juga pernah berada dalam situasi yang sama namun memilih untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu sehingga menjadi identiti tersendiri buat dirinya.

    Menangis saya baca.

    Dulu saya pun macam ini tapi saya buat tak tahu saja sampai perkara itu jadi signature saya.

    Siap trending. Jangan sedih okay. Kena bangga dengan apa yang Allah dah ciptakan.

    Kalau diri kita dah percaya cantik, apa orang cakap pun dah tak kisah.

    Sumber: Threads @elfiraloy

    The post Elfira Loy Pujuk Kanak-Kanak Kening Bersambung, Akui Faham Situasi Diejek – ‘Saya Buat Tak Tahu Sampai Jadi Signature’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah