Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai tindakan luar biasa seorang lelaki yang bertindak berbaring di tepi jalan raya dalam tempoh yang lama sehingga menimbulkan tanda tanya netizen.
Artikel Berkaitan: Personaliti Media Sosial Nafi Perlekeh Rimba Jungle Boardwalk KLIA, Dakwa Video Disunting Timbulkan Naratif Keliru
Artikel Berkaitan: Isu Anak Bongsu Mahu Bakal Isteri Tinggal Bersama Ibu, Peguam Syarie Perjelas Hukum Tempat Tinggal Isteri
Masalah
View on Threads
Tampil menjelaskan apa yang berlaku, individu dikenali Alif memberikan respons ringkas mengenai situasi yang dihadapinya.
Alif menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kejutan dalam hidupnya yang diibaratkan seperti pasang surut air laut.
Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
Biasa lah air ada pasang surut tapi tiba-tiba banjir besar, saya terkejut juga.
Kena ambil masa untuk surutkan kembali.
Dalam pada itu, Alif turut menzahirkan rasa syukur kepada mereka yang mendoakan kesejahteraannya sepanjang fasa sukar ini.
Kepada semua tolong jangan keluarkan apa-apa kenyataan yang pelik-pelik.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan dan ambil berat tentang saya.
Sebelum ini, Alif dilaporkan baring di tepi jalan bermula jam 1 pagi sehinggalah jam 9 pagi.
Perbuatan itu kemudiannya meraih perhatian orang awam yang rata-rata bimbang melihat keadaannya.
Sumber: Threads
The post Lelaki Viral Baring Atas Jalan 8 Jam Akhirnya Buka Mulut – ‘Tiba-Tiba Banjir Besar, Saya Terkejut’ first appeared on OHBULAN!.





