Anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, memaklumkan bahawa masih terdapat persepsi dalam kalangan penganjur bahawa penganjuran program nasyid atau Islamik sukar mendapat tajaan daripada mana-mana pihak.
Artikel Berkaitan: Konsert Malam Qolbu Dekatkan Generasi Muda Dengan Rasulullah SAW Sempena Maulidur Rasul
Artikel Berkaitan: ‘UNIC Trauma Dengan Apa Yang Terjadi’ – Bazli
Tanggungjawab memperjuangkan kebaikan

Ketika ditemui , Azadan, 53, menegaskan bahawa isu tajaan sebenarnya bergantung kepada pihak yang menguruskan program itu sendiri.
Menurut Azadan, stesen televisyen juga perlu lebih yakin terhadap potensi program berunsur Islamik di pasaran.
Selalu yang kami dengar, ada beberapa organisasi ingin anjurkan program nasyid atau Islamik ini susah dapatkan tajaan.
Sebenarnya, hal berkaitan tajaan ini terletak atas diri kita.
Kalau stesen televisyen fikir buat program Islamik ini tidak laku, agak bahaya sebab yang mengendalikan stesen itu adalah mereka.
Jadi, pada saya perkara ini bergantung atas diri individu itu sendiri.
Azadan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Malam Qolbu di Royale Chulan The Curve, pada Isnin.
Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Intifada’ itu turut menegaskan bahawa penggiat lagu ketuhanan perlu melihat usaha tersebut sebagai satu tanggungjawab dalam menyebarkan mesej positif kepada masyarakat.
Saya yakin penyanyi nasyid yang membawa lagu unsur ketuhanan atau mereka yang memperjuangkan lagu kebaikan itu adalah tanggungjawab kita.
Perkara ini pun sebenarnya sudah diberi kesedaran sejak kecil.
Jadi, bagi yang mahu menguruskannya perlu terima perkara itu dan tidak boleh jadikan alasan program Islamik tidak ada tajaan.
The post ‘Kalau Stesen TV Anggap Program Islamik Tidak Laku, Agak Bahaya’ – Azadan Gesa Sokongan Program Ketuhanan Diteruskan first appeared on OHBULAN!.





