28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazziq Muqris Kini Suami Sharifah Areeqa

    Shopee Sale

    Dengan sekali lafaz, penyampai radio, Fazziq Muqris selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Sharifah Areeqa pada pagi Sabtu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazziq Muqris Bakal ‘Off Market’? Peminat Wanita Mula Luah Kecewa

    Fazziq kini suami Areeqa

    Menerusi hantaran di Instagram Era FM, majlis pernikahan pasangan itu dipercayai berlangsung sederhana namun penuh indah dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan terdekat.

    Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung pengantin perempuan dan Areeqa menerima mas kahwin bernilai RM300.

    Fazziq kelihatan tampan mengenakan baju melayu serba putih lengkap bersampin dan bersongkok, manakala pengantin perempuan kelihatan jelita dengan busana berona kelabu.

    MENARIK:  Sabri Yunus Geli Hati Tatkala Angeline Tan Mengaku Tidak Hamil - 'Fitnah Paling Lucu'

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan pasangan itu kekal bahagia hingga syurga.

    Untuk rekod, Fazziq baru-baru ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Areeqa sejak setahun yang lalu.

    Bagaimanapun, hubungan mereka berjaya disembunyikan dan langsung tidak dihidu oleh peminat.

    Sumber: Instagram

    The post Fazziq Muqris Kini Suami Sharifah Areeqa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah