25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adab & Sunnah Memotong Kuku Menurut Islam

    Shopee Sale

    Menjaga kebersihan diri adalah sebahagian daripada sunnah Nabi Muhammad SAW, termasuk dalam amalan harian yang sering dipandang remeh seperti memotong kuku.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Waktu Makan, Zahiril Adzim Respon – ‘Saya Kena Betulkan, Sunnah Makan Adalah Bercakap’

    Artikel Berkaitan: Fadhilat Tasbih Kifarah: Membersihkan Hati & Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

    Disiplin diri

    Walaupun ianya nampak sederhana, potong kuku mengikut sunnah bukan sahaja memastikan kebersihan tangan dan kaki, malah ia juga mendidik kita tentang disiplin diri dan kesempurnaan ibadah dalam kehidupan seharian.

    Masih ramai yang tertanya-tanya sama ada terdapat hari khusus untuk memotong kuku mengikut sunnah.

    Pada dasarnya, tiada hadis sahih yang menetapkan hari tertentu untuk memotong kuku.

    Namun, daripada amalan sahabat Nabi, kebiasaannya mereka memilih hari Jumaat untuk memotong kuku, selari dengan sunnah membersihkan diri sebelum menunaikan solat jumaat.

    Meskipun tidak diwajibkan, memilih hari jumaat adalah amalan yang digalakkan sebagai cara meneladani sahabat.

    Bermula dari kanan

    Dalam hal adab memotong kuku, terdapat para ulama menyenaraikan beberapa susunan yang boleh dijadikan panduan.

    MENARIK:  Nama Miera Liyana Tercalar, Mohon Bekas Madu Jangan Tunggang Nama Untuk Publisiti – ‘Saya Pernah Menang Anugerah…’

    Menurut Imam Nawawi misalnya, menyarankan agar seseorang memulakan potongan kuku tangan kanan bermula dari jari telunjuk hingga ke jari kelingking.

    Kemudian, selepas dari itu, beralih ke bahagian ibu jari dan meneruskan pada tangan kiri pula dengan urutan yang sama.

    Bagi kuku kaki pula, para ulama menggalakkan agar dimulai dengan jari kelingking kaki kanan dan diakhiri pada jari kelingking kaki kiri.

    Kaedah ini bukan sahaja menepati amalan ulama terdahulu, tetapi turut selari dengan kebiasaan Rasulullah SAW yang gemar memulakan sesuatu dengan anggota kanan sebagai tanda adab dan keutamaan.

    Amalan memotong kuku secara tersusun seperti ini menggambarkan betapa Islam memberikan perhatian kepada kebersihan, adab harian, dan kesempurnaan dalam perkara kecil yang sering kita abaikan.

    Sumber: eCentral, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

    The post Adab & Sunnah Memotong Kuku Menurut Islam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah