30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SAYS Lancar Kempen ‘The Pink Ribbon’ Sepanjang Oktober, Tingkat Kesedaran Mengenai Kanser Payudara

    Shopee Sale



    Platform digital Media Prima Berhad (MPB) iaitu SAYS dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran kempen kesedaran kanser payudara, ‘The Pink Ribbon’ yang akan berlangsung sepanjang Oktober ini.

    Nak tingkat kesedaran kanser payudara

    Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, kempen ini diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran tentang kanser payudara melalui kisah-kisah survivor yang menginspirasikan, temu bual pakar, kandungan video yang menarik, dan daripada pelbagai sumber berguna.

    Hal ini kerana, statistik daripada Pendaftaran Kanser Kebangsaan melaporkan terdapat kira-kira 1 daripada 19 wanita di Malaysia akan menghidap kanser payudara dalam hidup mereka di mana lebih 8,000 kes baru kanser payudara didiagnos, mewakili kira-kira 35% daripada semua kanser yang menjejaskan wanita Malaysia pada setiap tahun.

    Ini menunjukkan bahawa kanser payudara kekal sebagai kanser paling lazim dalam kalangan wanita di Malaysia.

    Boleh dirawat jika dikesan awal

    Walau bagaimanapun, kadar kelangsungan hidup seseorang itu boleh meningkat sebanyak 90% sekiranya kanser payudara ini dikesan dengan lebih awal.

    Sehubungan dengan itu, program ‘The Pink Ribbon’ akan menampilkan satu siri artikel, video, dan temu bual sepanjang bulan Oktober ini.

    MENARIK:  Noraniza Idris Keluar Wang Peribadi Bayar Tunggakan Gaji Pekerja – ‘Asalkan Kebajikan Staf Terjaga’

    Topik-topik termasuk perkongsian perjalanan peribadi survivor kanser payudara dan cabaran yang mereka hadapi, penjelasan tentang kanser payudara, sumber bantuan kewangan, serta saringan pengesanan awal.

    Kempen ini juga akan menyediakan pandangan daripada pakar perubatan terkemuka, menawarkan maklumat tentang pemeriksaan payudara sendiri, pilihan rawatan, dan sistem sokongan untuk individu serta keluarga yang terkesan oleh kanser payudara.

    Dalam kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Pusat Perubatan Sunway (Sunway City), Pusat Kanser Sunway, dan Hospital Pantai Kuala Lumpur, ‘The Pink Ribbon’ bertujuan untuk menyediakan pusat sumber yang komprehensif bagi masyarakat.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah