Rumah tangga pasangan pempengaruh, Julia Prastini dan Na Daehoon menjadi bualan hangat di media sosial sejak kebelakangan ini susulan dakwaan wanita itu berlaku curang.
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Berstatus Isteri Orang Kantoi Curang, Foto & Video Mesra Dengan Skandal Tersebar?
Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Mengecewakan Banyak Pihak, Saya Menyesal’ – Pempengaruh Mohon Maaf Isu Curang
7 redflag Jule?

Susulan daripada itu, tular kembali beberapa video mempamerkan sikap Julia atau lebih mesra dengan panggilan Jule yang dianggap red flag bahkan sebelum mereka berkahwin pada 2021. nya
Menerusi video temu bual sebelum ini, Jule mengakui bahawa ketika mempunyai hubungan rapat dengan Na Daehoon, dia sebenarnya masih mempunyai teman lelaki.
Aku bergaduh dulu sama teman lelaki aku, sebab nak jumpa dia (Daehoon).
Manakala Daehoon pula memberithau dia terpaksa menunggu Jule selama tiga jam untuk pertemuan pertama mereka.
Kemudian, selepas mereka menjalinkan hubungan cinta, Jule dikatakan mendesak dan mengugut Daehoon untuk berkahwin pada usia muda meskipun ketika itu, Daehoon memberitahu bahawa dia masih belum stabil dari segi kewangan.
Awak nak nikahi saya tak? Kalau tak nak, ya sudah, kalau aku dekat dengan lelaki lain, jangan marah.
Lebih mengejutkan, Jule mendedahkan hasratnya untuk berkahwin sejak di bangku sekolah menengah dan mengakui tidak suka menimba ilmu.
Dari SMP aku tak suka belajar, nak kahwin saja.
Pernah dituduh curang

Selain itu, Jule juga pernah mengaku berselingkuh sebelum berkahwin dengan Daehoon. Dia mendakwa melakukan perkara itu kerana kesal selalu dituduh curang.
Aku dituduh curang, aku kesal kan, ya sudah curang betul-betul saja.
Dia juga pernah berkongsi tentang ciri-ciri lelaki idamannya dan memilih pasangan hanya berdasarkan rupa paras selain tidak mahu berjodoh dengan suku atau bangsa tertentu.
Namun siapa sangka, tiada angin tiada ribut, pada pertengahan Oktober 2025, tersebar foto-foto mesra Jule dengan lelaki bernama Safrie Ramadhan di media sosial.
Menjawab kontroversi itu, Jule akhirnya membuat penjelasan melalui Instagram dengan memohon maaf kepada suami, tiga anaknya dan pihak-pihak yang terkesan.
Dia mengakui bahawa kesalahan itu sepenuhnya tanggungjawabnya dan meminta orang ramai agar tidak nelibatkan orang lain.
Sumber: Popmama
The post 7 ‘Red Flag’ Jule Yang Ramai Tak Perasan, Rupanya Dah Bagi ‘Hint’ Sebelum Kahwin? first appeared on OHBULAN!.





