24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zikir pelik di kubur: Jawi rekod kenyataan individu terbabit – Na'im

    Shopee Sale

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah merekodkan kenyataan daripada individu-individu yang didakwa melakukan zikir dengan cara yang 'pelik' di sebuah tanah perkuburan di Setapak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

    Katanya, berdasarkan kenyataan individu-individu terbabit, satu laporan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk tindakan susulan.

    Jika didapati tindakan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam, maka Jawi akan menyerahkan laporan kepada Bahagian Pendakwaan Syariah untuk tindakan lanjut, jelas Mohd Na’im.

    MENARIK:  'Jangan keterlaluan bahas isu Blackrock, boleh jejas kepentingan negara'

    Pada 26 Disember lalu, tular satu video berdurasi 23 saat memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik dan kuat di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak hingga dilapor mengundang kebimbangan masyarakat khususnya orang Islam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah