29 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tamim Dahri serah diri ke polis, hasrat kempen calon bebas PRN

    Shopee Sale

    Buruan yang menggelarkan dirinya aktivis anti rumah ibadat tanpa izin, Tamim Dahri Abdul Aziz menyerah diri kepada polis hari ini.

    Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad dilaporkan media tempatan berkata lelaki berusia 33 tahun yang berdepan pertuduhan mahkamah berkaitan provokasi agama itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson kira-kira jam 12.45 tengah hari.

    Mengesahkan Tamim akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman, Alzafny berkata siasatan mendapati suspek berada di Thailand selama lebih empat bulan.

    Dia kemudian dipercayai kembali ke Malaysia melalui laluan haram di sepanjang sempadan Kelantan.

    Alzafny dipetik Harian Metro berkata siasatan terhadap Tamim bermula pada 10 Mac selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki India yang mendakwa dia diugut suspek menerusi Facebook.

    "Berikutan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    "Usaha mengesan suspek dijalankan di sekitar Kajang, Selangor, namun siasatan mendapati lelaki berkenaan dipercayai melarikan diri ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam pada 9 Mac lalu,” kata Alzafny.

    Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis memohon notis merah Interpol dikeluarkan terhadap Tamim pada 8 Jun.

    MENARIK:  Calon PN: Sucikan diri dulu, persiapkan pelapis - Annuar

    Permohonan itu turut merangkumi permintaan supaya pasport suspek dibatalkan.

    Tamim berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan sebuah soolam, iaitu simbol trisula suci dalam kepercayaan penganut Hindu, di bekas tapak sebuah kuil

    Pada 17 Mac, Mahkamah Majistret Langkawi menangguhkan prosiding terhadap Tamim selepas dimaklumkan dia berada di Riyadh, Arab Saudi.

    Pihak pendakwaan ketika itu berkata Tamim dipercayai meninggalkan Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand pada 9 Mac, sebelum pergi ke Arab Saudi melalui Bangkok.

    Mahkamah kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 17 Mei.

    Pada satu video yang tersebar di media sosial hari ini, Tamim berkata dia pulang dari luar negara untuk membantu kempen seorang calon Bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan.

    Tamim berkata dia mahu berkempen untuk calon Sri Tanjung, Islah Wahyudi Zainuddin kerana calon itu satu-satunya calon Melayu-Islam dalam pertandingan lima penjuru bagi kerusi berkenaan.

    Empat lagi pencabar Islah, masing-masing calon daripada PH, BN, Bersatu dan seorang lagi calon bebas, berketurunan India.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah