26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Didakwa Cekik & Jerut Suami Guna Kain Sampai Mati Gara-Gara Tegur Solekan

    Shopee Sale

    Hanya kerana menegur tentang solekan, seorang wanita didakwa tergamak membunuh suaminya sendiri.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Serang Bekas Pasangan Selepas Putus Tunang, Bakal Ibu Mentua Maut Ketika Cuba Selamatkan Anak

    Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Simpan & Mak*n Anggota Badan Manusia, Curi Mayat Dari Hospital & Kubur

    Suami mati

    Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di kediaman sepasang suami isteri, di Jalan Flamboyan Raya Gang Sejati, Medan, Indonesia.

    Ketika insiden, mangsa Irfansyah Hutagalung pulang ke rumah dan melihat isterinya yang juga suspek Yuyun Kristina Sirait, 25, sedang memakai solekan.

    Mangsa kemudian dipercayai menegur suspek sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka.

    Semasa pertengkaran berlaku, pasangan itu masuk ke dalam bilik dan mangsa sempat memeluk isterinya, namun suspek didakwa mencekik leher mangsa menggunakan kedua-dua tangannya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Suka Senyuman & Bau Dia’ – Kekasih Alicia Amin

    Bukan itu sahaja, suspek juga didakwa mengambil kain lalu diikat pada jeriji tingkap kemudian dililitkan di leher suaminya sehingga maut.

    Berdasarkan hukuman yang dibacakan pihak pendakwaan di Mahkamah Negeri Medan, Yuyun berdepan hukuman 10 tahun penjara atas dakwaan kematian suaminya.

    Menurut Pendakwa Raya, tindakan suspek terbukti melanggar peruntukan undang-undang jenayah negara tersebut iaitu menyebabkan kematian.

    Namun, pihak pendakwa mengambil kira beberapa faktor antaranya suspek tidak pernah mempunyai rekod jenayah, bersikap baik sepanjang perbicaraan dan menyesal akan perbuatannya.

    Prosiding mahkamah ditangguhkan ke minggu hadapan bagi mendengar pembelaan bagi pihak suspek.

    Sumber: Tribun News Medan

    The post Isteri Didakwa Cekik & Jerut Suami Guna Kain Sampai Mati Gara-Gara Tegur Solekan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah