31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elvina Mohamad Kecewa, Dakwa Perlu Lakon Babak Dukung & Keterlaluan – ‘Minta Tukar Screenplay & Guna Camera Trick Tak Boleh’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Elvina Mohamad mendakwa dia telah diminta oleh pihak produksi dan stesen televisyen untuk melakukan babak-babak yang disifatkan keterlaluan.

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Solat Tak Tinggal.. Check CCTV Nampak Pembantu Rumah Ambil Botol Guna Kaki’ –  Elvina Mohamad

    Artikel Berkaitan: Elvina Mohamad Saksi Insiden Kanak-Kanak Tersepit Eskalator, Titip Pesanan Buat Ibu Bapa

    Luahan Elvina

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 31, berkata, perasaan teruja untuk memasuki set penggambaran telah berubah menjadi kesal apabila dia diminta berbuat demikian.

    Sepatutnya lusa dah nak masuk set telemovie. Teruja sebab dah lama tak berlakon tapi akhirnya tak jadi.

    Sebab pengarah, penerbit dan stesen TV tetap nak buat babak yang bagi saya agak keterlaluan.

    Ada babak dukung (daring scene) dan ada satu lagi babak yang saya memang tak selesa langsung dan bagi saya agak keterlaluan. Nak cakap pun geli.

    Menurut Elvina, dia telah meminta kepada pihak produksi untuk menukar skrip lakon layar serta menggunakan teknik camera trick, namun cadangannya itu tidak diterima.

    Bila saya minta tukar screenplay atau juga camera trick, katanya tak boleh.

    Walaupun bagaimanapun, Elvina tetap bertegas dengan prinsipnya untuk menjaga batas dalam lakonan.

    Saya ada batas saya sendiri dan perkara-perkara yang saya tak selesa untuk lakukan.

    Tak mengapa, mungkin projek ini bukan untuk saya.

    Ada rezeki lain InsyaAllah.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Baru Dua Minggu Kahwin..Lelaki Dah Berani Cab*l, Raba Dada Anak Tiri

    The post Elvina Mohamad Kecewa, Dakwa Perlu Lakon Babak Dukung & Keterlaluan – ‘Minta Tukar Screenplay & Guna Camera Trick Tak Boleh’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah