27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mikrofon Ini Bagi Saya Semangat Baru, Bila Menyanyi Pun Rasa Premium’ – Haqiem Rusli

    Shopee Sale

    Penyanyi Haqiem Rusli menganggap pembelian mikrofon peribadi sebagai satu pelaburan berbaloi dalam kerjayanya sebagai penyanyi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Dekat 12 Tahun Dalam Industri, Baru Beli Mikrofon Sendiri’ – Haqiem Rusli

    Mikrofon cecah lima angka

    Ketika ditemui , Haqiem berkata mikrofon tersebut ditempah khas dan digunakan untuk konsert serta persembahan pentas bagi memberikan kualiti audio yang lebih baik.

    Saya tempah mikrofon itu dan menunggu hampir tiga minggu. Di konsert Sound Stage ini kali pertama saya guna.

    Kalau ikutkan saya antara yang paling lambat beli mikrofon sendiri sebenarnya. Kalau kita tengok penyanyi lain macam Hael Husaini, Ernie Zakri, Khai Bahar, semua dah ada mikrofon sendiri.

    Jadi saya rasa saya perlu. Mikrofon itu memberi saya semangat baru.

    Walaupun enggan mendedahkan harga sebenar mikrofon berkenaan, Haqiem mengakui nilainya berada dalam lingkungan lima angka.

    Malah dia menyifatkan pembelian itu merupakan pelaburan jangka panjang dalam karier seninya.

    Saya seorang yang suka simpan duit. Saya guna duit simpanan untuk beli mikrofon.

    Tapi macam Sofea (isteri) cakap, tak salah untuk invest walaupun mahal, untuk kepuasan saya sebagai seorang penyanyi. 

    Bila kita yang menyanyi pun rasa premium dekat telinga, jadi penonton pun akan dengar lebih sedap dan jelas.

    Haqiem ‘rebranding’ diri

    Dalam perkembangan lain, Haqiem mendedahkan dia kini sedang melalui fasa rebranding bagi memberikan nafas baharu terhadap kerjaya seninya.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Bilik Tidak Boleh Dikunci, Telefon Bimbit Jangan Dimatikan’ – Auddra Dedah Peraturan Sharifah Shahirah

    Menurut penyanyi berusia 28 tahun itu, perubahan tersebut merangkumi pelbagai aspek termasuk penampilan, imej dan hala tuju muzik yang dibawanya.

    Sekarang pun saya tengah rebranding diri balik. Maksudnya saya tengah mencuba macam imej baru, semua baru.

    Kalau tengok Haqiem Rusli yang dulu, memang saya dari segi look sangat play safe. Kalau dulu show saya memang jaket, t-shirt. 

    Sofea banyak tegur dan galakkan saya cuba benda baru. 

    Saya buat keputusan untuk cuba benda baru pun selepas saya tengok filem Michael Jackson. Dokumentari itu banyak beri impak pada saya. Saya tengok kesungguhan dia, perincian lain seperti dari segi rambut, penampilan dia.

    Saya reflect balik diri saya. Senang cerita, kena berevolusi. Kalau statik je nanti tak ke mana.

    Dalam masa sama, Haqiem turut mendedahkan kegagalannya untuk kembali mara ke pentas Anugerah Juara Lagu beberapa tahun lalu turut menjadi pencetus utama kepada perubahan tersebut.

    The post ‘Mikrofon Ini Bagi Saya Semangat Baru, Bila Menyanyi Pun Rasa Premium’ – Haqiem Rusli first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah