28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wartawan veteran Mohd Sidek meninggal dunia

    Shopee Sale

    Wartawan veteran, Mohd Sidek Salleh, 68, meninggal dunia awal pagi ini akibat kanser usus.

    Khabar duka itu dikongsikan bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    “Saya sempat menziarah Allahyarham di rumah beliau ketika beliau sakit dahulu. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solehin di sisi Yang Maha Esa,” katanya.

    Mohd Sidek, yang sebelum ini berkerja sebagai pengawal keselamatan, pernah menyandang beberapa jawatan penting ketika bersama Utusan Malaysia termasuk Pewarta Utusan di London pada 1985 dan Ketua Biro Utusan Perak pada 1989.

    Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Penolong Pengarang Mingguan Malaysia pada 1996, Penolong Ketua Penyunting (1997) dan jawatan terakhirnya Penolong Pengarang Utusan Malaysia pada 2006.

    Pada Mei tahun lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA 2023 kepada Allahyarham ketika beliau menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Keputusan bebaskan saya tak tutup kegagalan k'jaan dalam skandal LCS - Amir

    Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bertujuan menyantuni dan memberi bantuan kepada wartawan dan petugas media yang memerlukan, sama ada masih dalam perkhidmatan mahupun telah bersara di seluruh negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah