32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Warga UK hilang: Polis rakam keterangan dua individu

    Shopee Sale

    Polis telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang sejak 27 Mei lepas.

    Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata ia susulan laporan kehilangan Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, yang dibuat bapanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields semalam.

    “Siasatan terperinci sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi membabitkan kes ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Penganggur miliki 46 rekod lampau kini suspek kes curi komponen lori

    Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dimohon menghubungi Ketua Polis Balai Pantai ASP Khairul Nizam Ramle di talian 013-7000672 atau hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

    Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Jordan Johnson Doyle disedari hilang oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi dan akaun media sosialnya tidak aktif.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah