32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penganggur miliki 46 rekod lampau kini suspek kes curi komponen lori

    Shopee Sale

    Seorang penganggur memiliki 46 rekod jenayah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen lori di sekitar kawasan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Chong Boo Khim berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

    "Suspek mengaku terlibat bersama dua rakan yang masih bebas, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Chong berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah van yang dilaporkan dicuri di Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah.

    MENARIK:  Kes tahanan rumah Najib: NGO gesa prosiding mahkamah terbuka

    Katanya suspek kini direman sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah