32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Jaga Pemakanan & Isteri Cut Sugar Dalam Minuman’ – Pekin Ibrahim Turun 20Kg

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, mendedahkan bahawa dia kini lebih menjaga pemakanan harian serta mengamalkan gaya hidup sihat sehingga berjaya menurunkan berat badan daripada 88kilogram kepada 68kilogram dengan bantuan isterinya, Mona Allen.

    Artikel Berkaitan: Pekin Ibrahim Nafi Sambut Krismas, Terkilan Video Isteri Tak Berhijab Tersebar

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Perasan Kawan Saya Sedang Buat Live, Terbukalah Aib Bila Muncul Tanpa Hijab’ – Mona Allen

    Kesihatan bertambah baik

    Ketika ditemui , Pekin atau nama sebenarnya Mohd Izwan Ibrahim menjelaskan bahawa perubahan berat badannya bukan sahaja membuatkan tubuhnya lebih langsing, malah kesihatannya juga semakin baik.

    Sekarang, saya memang jaga pemakanan harian dan sudah tidak makan banyak lagi macam dulu.

    Isteri saya, Mona yang banyak menjaga rutin pemakanan harian, termasuk cut sugar dalam minuman juga.

    Alhamdulillah, bila badan sudah kecil sedikit, kesihatan diri pun rasa terjaga.

    Kalau makan pun, portion yang saya ambil sedikit-sedikit sahaja.

    Pekin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media X Factor, pra pelancaran single Walu Walu di Urbanhive, Putrajaya pada Selasa.

    Bersedia untuk terima tawaran berlakon

    Dalam perkembangan lain, Pekin mengakui sudah lama tidak muncul dalam mana-mana naskhah kerana memberi keutamaan kepada keluarga serta perniagaan yang diusahakannya.

    Saya sudah lama juga tidak berlakon.

    Tawaran untuk berlakon masih dapat lagi, tetapi saya terpaksa tolak sebab sebelum ini mahu fokus kepada menjaga anak-anak yang masih kecil serta menguruskan perniagaan.

    Bagaimanapun, dengan penampilan baharu serta keadaan keluarga yang semakin stabil, Pekin menyatakan kesediaannya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Kalau Merajuk Sekejap Sangat, Bagi Bunga Terus Okay’ – Bella Astillah

    Malah, dia dijadualkan memulakan penggambaran sebuah filem seram pada Ogos depan.

    Cuma sekarang dengan penampilan baharu ini, saya sudah sedia untuk kembali berlakon semula.

    InsyaAllah pada bulan Ogos depan, saya akan masuk ke set penggambaran filem horror.

    Alhamdulillah, sekarang anak pun sudah besar dan senang dijaga.

    Jadi, saya rasa sudah boleh nak kembali berlakon semula.

    Dalam pada itu, Pekin menegaskan bahawa dia kini lebih selektif dalam memilih projek yang bersesuaian dan menegaskan bahawa tujuan utamanya kembali berlakon bukanlah untuk mengejar populariti.

    Saya sentiasa bersedia meneliti tawaran-tawaran berlakon yang diterima.

    Mana yang sesuai dan boleh saya buat, insyaAllah akan ambil sebab sekarang saya berlakon pun bukan untuk popular.

    Apa pun, Alhamdulillah saya bersyukur rezeki masih ada.

    The post ‘Saya Jaga Pemakanan & Isteri Cut Sugar Dalam Minuman’ – Pekin Ibrahim Turun 20Kg first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah