26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wakil Langkawi saran pulau khusus untuk anjing liar

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Langkawi Mohd Suhaimi Abdullah hari ini mencadangkan agar satu daripada 99 pulau di kawasannya dijadikan tempat untuk memelihara anjing liar.

    Bercakap pada sidang media di Parlimen, hari ini, katanya bahawa ini adalah untuk menangani isu anjing liar yang menggigit penduduk dan pelancong.

    “Kita ambil satu pulau dan kita jadikan tempat untuk memelihara atau menjaga anjing-anjing liar ini dan dengan begitu sistematik supaya anjing-anjing ini dapat dijaga dengan sempurna,” katanya.

    'Pulau anjing' itu juga boleh menjadi tarikan pelancong, tambahnya.

    Dalam satu kenyataan berasingan, Mohd Suhaimi berkata kemudahan veterinar boleh disediakan di pulau itu bagi memastikan kebajikan anjing-anjing berkenaan.

    MENARIK:  Hukuman mati pembunuh Sosilawati kekal

    Dia berkata ini susulan kejadian yang berlaku pada 1 Mac lalu, apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun parah selepas digigit anjing liar di Kampung Dedek, Langkawi.

    Suhaimi berkata, dia ada melawat budak itu yang kini dalam keadaan stabil.

    Semasa sidang akhbar itu, Suhaimi berkata kes gigitan anjing di Langkawi belum diperbesarkan dalam media kerana kawasan pilihan rayanya adalah lokasi pelancongan.

    “Saya selalu berkata kalau anjing ini menggigit pelancong yang rich and famous maka tentu sekali berita ini tidak akan dapat disembunyikan dan kemungkinan efeknya akan terus berlaku terhadap Pulau Langkawi,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah