26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Operasi ketenteraan AS terhadap Iran ‘sudah berakhir’ – Rubio

    Shopee Sale

    Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran telah berakhir, kata Setiausaha Negara Marco Rubio pada Selasa, ketika Washington mengalihkan tumpuan kepada usaha membuka semula Selat Hormuz bagi perkapalan dan perdagangan minyak global, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    “Operasi itu sudah berakhir. Epic Fury, seperti dimaklumkan presiden kepada Kongres, kami telah selesai dengan fasa itu,” kata Rubio kepada pemberita dalam sidang media di Rumah Putih.

    Rubio berkata AS telah mencapai objektif operasi itu dan kini beralih kepada “Project Freedom” yang bertujuan membuka semula Selat Hormuz, laluan utama bagi perdagangan minyak global kepada trafik perkapalan.

    Presiden AS Donald Trump mengisytiharkan permusuhan terhadap Iran telah berakhir dalam surat kepada Kongres pada Jumaat.

    MENARIK:  Lebih RM10 bilion dipindahkan ke akaun fleksibel KWSP

    Surat itu menyatakan tiada pertempuran berlaku antara kedua-dua negara sejak gencatan senjata bermula pada 7 April lepas. “Permusuhan yang bermula pada 28 Februari 2026 telah ditamatkan,” menurut surat itu, merujuk kepada hari AS melancarkan “Operation Epic Fury.”

    Rubio juga berkata AS terus meneroka kemungkinan laluan diplomatik dalam peranang Iran. Utusan khas AS Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, sedang berusaha “bersungguh-sungguh” dalam usaha itu, katanya.

    Beliau berkata jika terdapat laluan diplomatik yang benar-benar berkesan, ia boleh membawa Iran “ke arah pembinaan semula, kemakmuran dan kestabilan, serta tidak lagi menjadi ancaman kepada dunia.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah