Pengasas FashionValet Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM hari ini susulan kerugian puluhan juta ringgit syarikat negara Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Mereka dipanggil berbuat demikian di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam mesej ringkas melalui teks berkata, usahawan fesyen dan suaminya itu dijadual memberikan keterangan pagi ini.
Setakat ini, katanya, SPRM merakamkan kenyataan empat pekerja daripada Khazanah, PNB dan Kementerian Kewangan.
Kesemua mereka bertanggungjawab terhadap hal ehwan pelaburan agensi masing-masing.
[Baca berita asal]





