25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz kaget, mualaf serah babi untuk dijadikan korban Aidiladha

    Shopee Sale

    Niat yang baik belum tentu menghalalkan cara. Begitulah yang terjadi di sebuah daerah di Indonesia apabila seorang ustaz menerima seekor babi untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

    Peristiwa itu dikatakan berlaku di sebuah daerah di Papua apabila seorang mualaf yang baru memeluk Islam membawa seekor babi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke sebuah masjid.

    Kisah unik itu dipaparkan menerusi satu video yang tular di media sosial.

    "Cerita unik dari Papua. Baru (menjadi) mualaf dan belum faham, bawa babi untuk korban," menurut keterangan pada video tersebut.

    Dipercayai mualaf yang mahu menyerahkan babi untuk dijadikan korban itu masih belum memahami ajaran Islam secara menyeluruh.

    Menerusi video itu, individu yang merakam kejadian tersebut diengar berseloroh kepada ustaz berkenaan dengan mengatakan haiwan itu boleh dijadikan korban.

    Tindakan mualaf itu menyebabkan ustaz berkenaan dilihat kebingungan dan turut sama tertawa. Ini kerana dalam ajaran Islam, daging babi diharamkan untuk dimakan.

    MENARIK:  'Malaysia negara Raja Berperlembagaan, bukan Raja Mutlak'

    Selain Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

    Ini bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail sebagai mematuhi perintah Allah SWT.

    Namun sebelum Ibrahim mengorbankan Ismail, Allah menukarkan puteranya itu dengan seekor biri-biri untuk dikorbankan.

    Dalam takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijah setiap tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah