31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno sambut baik keputusan tarik balik pembentangan RUU URA

    Shopee Sale

    UMNO menyambut baik keputusan Jemaah Menteri menarik balik pembentangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) di Parlimen.

    Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata parti itu tegas berpendirian bahawa mereka tidak menentang pembangunan bandar namun RUU berkenaan perlu diperbaiki dan diperhalusi.

    Beliau berkata beberapa pindaan harus dilakukan sebagaimana cadangan Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA yang dipengerusikan oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

    MENARIK:  'Dr Sam macam pro, bukan hanya pandai berkata-kata'

    “UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Asyraf Wajdi berkata Jawatankuasa Khas itu telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Okt tahun lepas.

    Konvensyen berkenaan telah meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan terhadap RUU itu untuk pertimbangan kerajaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah