Kalau korang tengah survey vacuum mop sekarang, memang banyak pilihan dekat pasaran sampai rambang mata dibuatnya. Ada yang fokus pada suction power, ada yang popular sebab fungsi self-clean dan ada juga yang jadi perhatian sebab boleh vacuum serta mop dalam satu masa.
Untuk rumah Malaysia yang cepat berdebu, ada rambut gugur, bulu haiwan atau lantai jenis glossy tiles, vacuum mop memang makin ramai consider sebagai “must-have appliance” sekarang.
Ini antara 5 brand yang ramai tengah compare dan survey untuk tahun 2026.
1. Dyson WashG1 – Pilihan premium yang ramai percayai

Kalau sebut pasal vacuum premium, memang ramai terus fikir Dyson. Dyson WashG1 Wet Floor Cleaner ni jadi antara pilihan high-end yang popular sebab design sleek, build quality premium dan cleaning performance yang konsisten terutama untuk hard floor.
Ramai suka sebab operation dia smooth dan maintenance agak mudah berbanding sesetengah model lain. Cuma, harga dia memang agak premium juga iaitu sekitar RM2,800 ke atas.
Kalau korang memang jenis suka appliance premium dan dah biasa dengan ekosistem Dyson, model ni memang antara yang ramai survey.
2. Corvan X8 – Premium features tapi harga lebih berbaloi

Kalau nak rasa pengalaman premium macam Dyson tapi dengan harga lebih rendah, Corvan X8 memang antara nama yang makin ramai compare sekarang. Dengan harga sekitar RM1,998, model ni dah hadir dengan fungsi vacuum, mop, steam dan sterilize dalam satu mesin.
Apa yang buat ramai tertarik ialah model ni datang dengan suction sehingga 250AW, self-cleaning station, steam mop dan UV-C sterilize. Memang sesuai untuk rumah family, terutama kalau ada anak kecil atau lantai cepat melekit dekat dapur.
Untuk kategori bawah RM2,000, ramai anggap Corvan X8 antara pilihan paling lengkap sekarang sebab dapat premium features tanpa perlu spend terlalu mahal.
3. Tineco Floor One S7 – Popular untuk apartment & daily cleaning

Tineco Floor One S7 Fold Pro Smart Cordless Wet Dry Vac pula memang terkenal dekat kalangan pengguna apartment sebab design lebih ringan dan senang digunakan untuk cleaning harian.
Model ni ada smart sensor yang boleh detect tahap kekotoran dan adjust suction secara automatik. Selain tu, roller dia juga boleh self-clean dan design foldable memudahkan proses simpan terutama kalau rumah tak besar.
Harga sekitar RM1,900 hingga RM2,000 dan ramai suka sebab handling dia lebih practical untuk kegunaan harian.
4. Dreame H12 Pro – Value for money yang ramai recommend

Dreame H12 Pro Cordless Wet & Dry Vacuum adalah model yang balance dari segi harga dan performance. Model ini memang antara yang selalu masuk recommendation list.
Vacuum mop ni support wet & dry cleaning, ada self-cleaning roller dan edge cleaning yang lebih kemas terutama dekat bucu rumah. Suction dia pun agak kuat untuk penggunaan harian.
Harga pula sekitar RM1,500 hingga RM1,700 dan kadang-kadang lebih murah masa sale, sebab tu ramai anggap model ni antara pilihan paling worth it sekarang.
5. Ecovacs Deebot X8 Pro Omni – untuk yang malas mop sendiri

Kalau korang memang team ‘malas mop’, robot vacuum macam Ecovacs Deebot X8 Pro Omni memang antara model yang tengah trending sekarang.
Model ni hadir dengan self-empty dock, self-clean mop serta smart mapping yang membolehkan robot bergerak lebih efisien dalam rumah. Suction dia juga mencecah sehingga 18,000Pa dan cleaning boleh jalan automatik tanpa perlu monitor sangat.
Harga sekitar RM3,299 dan memang sesuai untuk yang nak minimum effort dalam urusan bersihkan rumah.
Mana satu paling berbaloi?
Kalau nak premium branding dan design sleek, Dyson memang masih jadi pilihan ramai.
Tapi kalau korang nak fungsi lebih lengkap dengan harga lebih rendah, Corvan X8 memang antara model yang paling ramai tengah survey sekarang sebab dah dapat steam, self-clean dan suction tinggi dalam satu mesin.
Nak ringan dan mudah guna harian? Tineco memang antara pilihan popular. Kalau nak value for money pula, Dreame H12 Pro memang susah nak ignore.
Dan untuk yang memang nak cleaning automatik tanpa banyak effort, robot vacuum macam Ecovacs boleh jadi lifesaver dekat rumah.
The post Best Vacuum Mop Malaysia 2026: 5 Brand Yang Ramai Orang Tengah Survey first appeared on OHBULAN!.





