31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cuma 10% pesawah Kedah mula tanam padi – bimbang kos naik, bekalan air’

    Shopee Sale

    Hanya 10 peratus daripada 56,000 pesawah di Kedah telah memulakan aktiviti penanaman bagi musim ini, kata Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob.

    Walaupun penaburan benih kering lazimnya dilakukan antara April hingga awal Mei, dia berkata ramai pesawah di negeri jelapang padi negara itu menangguhkan penanaman kerana bimbang mengenai bekalan air dan peningkatan kos operasi.

    Abdul Rashid dipetik Berita Harian berkata pesawah terperanangkap antara risiko banjir sekiranya hujan berterusan dan kemungkinan kekurangan air ketika tempoh kering yang bakal tiba.

    "Walaupun hujan ketika ini, paras air di empangan terutama Empangan Muda belum cukup stabil untuk membolehkan pelepasan air dilakukan secara besar-besaran bagi tujuan pengairan sawah.

    "Sekarang ini kita tengok ada pesawah mula proses tanah, tetapi keseluruhan jadual penanaman masih tertangguh. Air di sawah memang ada sebab hujan, tetapi paras air empangan masih belum tinggi.

    "Kalau ikut ramalan cuaca, hujan hanya berlaku sekejap-sekejap bulan ini sebelum kembali berkurangan pada Jun dan dijangka menjadi lebih kering sekitar Julai," katanya.

    Menurut laporan The Star hari ini, Empangan Muda antara kawasan paling terjejas akibat kemarau berterusan di utara Semenanjung Malaysia, dengan simpanan air dilaporkan merosot kepada 8.37 peratus.

    Kedah menghasilkan lebih 40 peratus bekalan beras putih Malaysia manakala negara pula menggunakan kira-kira 2.5 juta tan setahun.

    Pada 5 Mei lalu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat meningkatkan operasi pembenihan awan di negeri-negeri utara Semenanjung susulan cuaca kering berpanjangan.

    Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata sebahagian pesawah menggunakan pam untuk mendapatkan air dari sungai berhampiran namun langkah itu menambah lagi kos operasi yang semakin meningkat.

    "Pesawah sekarang memang bergelut kerana isu kos belum selesai. Harga minyak turun naik, kos operasi meningkat dan ia menjejaskan motivasi petani untuk terus menanam.

    "Insentif seperti RM200 sehektar di bawah Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) memang ada, tetapi ia bukan penyelesaian kepada isu pokok yang dihadapi petani," katanya lagi.

    Dia menambah langkah kerajaan seperti insentif membajak tidak mencukupi untuk menangani masalah struktur sektor itu.

    MENARIK:  Tiga bulan bermadu, usahawan kosmetik dicerai ketika siaran langsung TikTok

    "Saya difahamkan sektor lain menerima peluasan subsidi diesel, namun tanaman padi masih berdepan masalah kos tanpa penyelesaian jangka panjang yang naik lebih 50 peratus.

    "Jika jentera berkaitan padi turut menerima kad fleet diesel, saya yakin ramai pesawah akan mula bajak sawah mereka," jelasnya.

    Menurut Bernama, Anwar awal bulan ini berkata pesawah akan menerima bayaran pendahuluan RM200 sehektar menerusi program bantuan khas insentif membajak.

    Pada 14 Mei lalu, Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bermulanya Monsun Barat Daya yang dijangka berlarutan hingga September, membawa cuaca lebih panas dan kering serta taburan hujan yang lebih rendah.

    Keadaan itu bertembung dengan fenomena El Nino, yang menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia semalam boleh mengurangkan jumlah hujan di seluruh negara.

    The Star melaporkan jabatan itu berkata El Nino berpotensi menjadi lebih kuat susulan peningkatan suhu permukaan laut di kawasan timur Lautan Pasifik, selain kelemahan angin timuran dan pemanasan global.

    Isu itu timbul ketika kebimbangan meningkat berhubung kesan kenaikan kos baja akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

    Malaysia juga sedang berdepan cabaran berkaitan tahap sara diri keselamatan makanan dan daya tahan sistem makanan negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah