30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hairul Azreen Akui ‘Benci’ Berlari, Tapi Tetap Habiskan Hyrox Dengan Kecederaan ACL

    Shopee Sale

    Pelakon Hairul Azreen membuktikan semangat juangnya apabila berjaya menamatkan pertandingan kecergasan antarabangsa Hyrox di Barcelona minggu lalu meskipun mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada kedua-dua belah lutut.

    Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Gembira Impian Tercapai, Bawa Keluarga Tidur Di ‘Ocean Suite’ Harga Cecah RM10K?

    Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Hantar Mesej Romantis Setiap Malam Kepada Hanis Zalikha – ‘Walau Sudah 10 Tahun, Saya Rasa Macam Baru Bercinta’

    Hairul Azreen awalnya tak yakin boleh buat

    Lebih mengagumkan, Hairul berjaya menamatkan cabaran tersebut dalam tempoh 1 jam 7 minit, sekali gus menghadiahkan kepuasan peribadi selepas berdepan pelbagai kekangan fizikal sepanjang proses persediaan.

    Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, dia sendiri pada awalnya berasa ragu-ragu untuk menyertai pertandingan berkenaan kerana keadaan lututnya yang sudah lama mengalami kecederaan serius.

    Kepuasan dia adalah bila kita tahu apa yang kita boleh buat atau tak boleh buat. Saya sendiri sebenarnya tak yakin boleh buat atau tidak sebab ACL kiri dan kanan saya dah putus.

    Jadi, saya tak tahu sama ada saya mampu habiskan atau tidak. Namun, bila saya berjaya buat, saya rasa gembira, Alhamdulillah.

    Lagipun masa buat filem aksi dulu lagi berisiko, jadi untuk Hyrox ini masih boleh lagi dan sepanjang bertanding setakat ini tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Cuma, saya terpaksa berlari walaupun saya ‘benci’ berlari.

    Walaupun terkenal dengan imej lasak dan aktif melakukan aksi sendiri dalam filem, Hairul mengakui pertandingan Hyrox memberikan cabaran yang berbeza kerana ia benar-benar menguji kekuatan mental dan daya tahan tubuhnya.

    Tambah pelakon filem aksi itu lagi, dia kini semakin seronok meneroka dunia kecergasan kompetitif dan merancang untuk menyertai beberapa lagi siri pertandingan Hyrox di luar negara selepas ini.

    Ini Hyrox pertama saya. Saya baru sahaja sampai di Malaysia dari Barcelona. Lepas Barcelona, bulan depan saya akan ke Indonesia pula dan ada beberapa lagi lokasi selepas itu.

    Setakat ini, saingan baru ada dua atau tiga lokasi dan saya tidak meletakkan sebarang sasaran yang terlalu spesifik.

    Hanis patut jadi ‘partner’

    Dalam masa sama, Hairul, 38, turut menyifatkan sokongan daripada isterinya, Hanis Zalikha, menjadi antara faktor utama yang menyuntik semangat buat dirinya sepanjang berada di Barcelona.

    Sepatutnya Hyrox pertama saya adalah bersama ‘teman wanita’ (isteri) saya, Hanis Zalikha di Poland pada April lalu. Tak dapat buat, padahal saya dah bawa satu keluarga semua sekali.

    Tapi mungkin tak ada rezeki waktu itu kerana banyak krisis ketiadaan penerbangan, mungkin sebab peperangan.

    Bagi saingan di Barcelona pula, sepatutnya saya pergi seorang diri, tapi saya cakap dengan isteri saya, ‘Awak kena ada untuk perlumbaan pertama ini’.

    Walaupun masa itu Hanis tengah sibuk dengan Cakenis, dia tetap terbang ke sana.

    Dialah yang menjaga saya, menyediakan makanan dan bersama sepanjang proses pemulihan.

    Tidak hanya fokus kepada bidang kecergasan, pasangan selebriti itu juga terus mengembangkan empayar perniagaan mereka apabila jenama Cakenis kini rasmi memasuki usia sedekad.

    MENARIK:  Konsert Amy Search Bertembung Dengan Final Piala Malaysia, Peminat Minta Ubah Tarikh

    Majlis ulang tahun ke-10 jenama tersebut yang berlangsung di The Starhill pada Jumaat turut menyaksikan pelancaran koleksi terbaharu mereka yang tampil dengan konsep lebih moden dan elegan.

    The post [VIDEO] Hairul Azreen Akui ‘Benci’ Berlari, Tapi Tetap Habiskan Hyrox Dengan Kecederaan ACL first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah