34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dari Tepi Jalan Ke Majlis Eksklusif, Kopi Lokal Ini Kini Jadi Pilihan Event Besar

    Shopee Sale

    Siapa kata jenama kopi lokal tak setanding jenama antarabangsa? Pernah tak dengar tentang Orca Coffee Co? Kopi Lokal yang tengah naik daun sekarang ni?

    Dari berniaga tepi jalan guna booth kereta, sekarang mereka dah jadi pilihan utama untuk majlis-majlis besar dan eksklusif.

    ‘Hustle’ tepi jalan tapi kopi padu

    Mengimbas kembali waktu bermulanya Orca Coffee Co, masa tu setup yang digunakan sangat simple dan ringkas. Tanpa mesin espresso canggih, fokus utama mereka pada ketika itu adalah pada cold brew coffee.

    Tapi itulah, kalau dah namanya rezeki dan kualiti kopi tu sendiri memang “kick”, orang tetap akan cari. Pelanggan di Putrajaya antara yang paling awal perasan kehebatan kopi mereka. Bila tak buka je, ramai la yang Whatsapp, DM, tercari-cari kopi mereka.’

    Tawar ‘mobile cafe’ premium di majlis korang

    Kopi Lokal

    Sekarang, Orca Coffee Co dah luaskan sayap perniagaan. Mereka dah tawarkan servis di majlis-majlis:

    • Perkahwinan & Pertunangan 
    • Sambutan Hari Jadi 
    • Acara Korporat 
    • Festival & Pop-up Event

    Bab setup, korang jangan risau. Confirm cantik dan nampak insta worthy (untuk bergambar):

    • Coffee Cart Estetik: Memang cantik gila kalau letak kat majlis kahwin atau corporate event.
    • Mesin Profesional: Rasa kopi tetap konsisten, segar, dan beraroma.
    • Service Laju: Walaupun crowd ramai, barista dorang tetap tenang dan pantas.

    Bagi yang tak minum kopi, mereka ada pilihan menu inklusif.

    MENARIK:  [VIDEO] Adakah Suami Boleh Paksa Bekas Isteri Untuk Rujuk Semula? Ini Penjelasan Menurut Islam

    Inilah yang buat Orca Coffee Co special. Mereka bukan fokus pada penggemar kopi je, sebaliknya semua orang boleh enjoy menu yang mereka ada.

    • Specialty Coffee: Untuk yang nak rasa bold dan premium.
    • Matcha & Chocolate: Pekat, berkrim, dan kegemaran ramai.
    • Low Caffeine Option: Berita baik untuk ibu mengandung yang mengidam!

    So, tak kiralah majlis tu kecil atau besar, Orca Coffee Co confirm boleh handle!

    Bukan sekadar kopi, tapi satu memori

    Bukan setakat nak jual air, tapi Orca Coffee Co mahu dikenali melalui kualiti perkhidmatan yang luar biasa.

    Menurut pengasas Orca Coffee Co, mereka percaya kopi bukan sekadar minuman. Ia adalah cara untuk orang berkumpul, bersembang dan mencipta memori. Mereka mahu pelanggan ingat bukan hanya rasa kopi tetapi pengalaman yang pelanggan lalui bersama Orca.

    Sebab tu lah, setiap cawan yang mereka sajikan penuh dengan “jiwa” dan pengalaman yang meninggalkan kenangan manis.

    Dengan setup clean dan Instagrammable, setiap tetamu yang datang bukan setakat dapat minum, tapi boleh buat konten sekali! Paling penting kopi yang disediakan sedap, ‘Kick’, dan berpatutan.

    Korang yang tengah mencari vendor kopi untuk majlis peribadi atau event korporat, korang boleh hubungi Orca Coffee Co melalui Facebook, Instagram dan TikTok mereka.

    The post Dari Tepi Jalan Ke Majlis Eksklusif, Kopi Lokal Ini Kini Jadi Pilihan Event Besar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah