Seorang bakal pengantin wanita yang dilaporkan hilang sebelum majlis akad nikah akhirnya ditemui bersama kekasihnya di sebuah bilik hotel.
Pengantin lari dengan teman lelaki

Wanita tersebut dikenali sebagai Nayla, 19, berasal dari Dukuh Rambutan, Kecamatan Tlogowungu. Sementara itu, lelaki yang turut bersamanya ialah Davin Febriansyah, 18, juga penduduk di kawasan sama.
Menurut pihak polis, kejadian berlaku pada Khamis lalu sekitar jam 3 pagi apabila Nayla dipercayai keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polresta Pati, iaitu Kompol Dika Hadian Widya Wiratama, memaklumkan bahawa Nayla dipercayai menghubungi Davin untuk membantunya melarikan diri dari rumah.
Individu terbabit menghubungi seorang lelaki untuk membantunya keluar dari rumah kerana pada jam 9 pagi dia dijadualkan melangsungkan perkahwinan
Difahamkan, Nayla sepatutnya melangsungkan akad nikah dengan seorang lelaki bernama Musalim, 33, pada hari yang sama.
Susulan itu, pihak pengantin lelaki telah membatalkan perkahwinan dan meminta keluarga Nayla membayar ganti rugi sebanyak kira-kira RM6,700.
Manakala keluarga Nayla turut meminta Davin membayar pampasan sebanyak RM15,700. Davin juga bersetuju untuk mengahwini Nayla dalam masa terdekat.
Sumber: Detik
The post Pengantin Perempuan Hilang 6 Jam Sebelum Nikah, Rupanya Kantoi ‘Check In’ Dengan Kekasih! first appeared on OHBULAN!.





