34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rahsia Rebus Daging Korban Cepat Empuk, Ini Teknik Mudah & Berkesan

    Shopee Sale

    Sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, kebiasaannya kita akan menerima daging korban, dan antara cabaran utama ketika memasak ialah proses merebus daging lembu supaya cepat empuk, terutamanya jika bahagian yang digunakan agak liat atau berurat.

    Artikel Berkaitan: Rambut Mengurai, Kuku Panjang & Tiada Apron Antara Kesalahan Pengendali Makanan

    Artikel Berkaitan: Nama Anak ‘Berat’ Hingga Kerap Sakit? Ini Hukum & Pandangan Dalam Islam

    Teknik untuk daging empuk

    Namun begitu, dengan teknik yang betul seperti pemilihan potongan daging, kawalan api dan tempoh merebus yang sesuai, tekstur daging boleh menjadi lebih cepat empuk dan lembut.

    Antara teknik yang boleh diamalkan adalah dengan menggunakan bahan berasid seperti jus limau, cuka, yogurt atau susu mentega.

    Bahan-bahan ini berperanan dalam melembutkan struktur protein daging, namun perlu digunakan secara terkawal kerana rendaman yang terlalu lama boleh menyebabkan tekstur daging menjadi terlalu lembik.

    Selain itu, tekstur daging juga boleh dilembutkan melalui kaedah fizikal seperti menumbuk atau memukul menggunakan alatan khas.

    Teknik ini dapat membantu memecahkan serat daging supaya lebih mudah dimasak, namun perlu dilakukan dengan berhati-hati agar teksturnya tidak rosak.

    Alternatif lain adalah dengan menggunakan alat penusuk daging yang mempunyai jarum halus bagi membantu melembutkan serat secara lebih sekata.

    Seterusnya, kaedah penggaraman juga merupakan teknik yang berkesan kerana daging yang disapu garam dan dibiarkan seketika akan mengalami perubahan pada struktur seratnya, sekali gus menjadikannya lebih mudah empuk apabila dimasak.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Teruja Memuji Fathia Latiff ‘Unboxing’ Hadiah Bernilai RM1 – ‘Sangat Excited Seolah-olah Menerima Barang Mahal’

    Guna bahan semula jadi

    Di samping itu, penggunaan bahan semula jadi berasaskan enzim seperti buah betik, nanas, kiwi dan pir juga boleh membantu melembutkan daging. Buah-buahan ini boleh dikisar menjadi puri sebelum dijadikan bahan perapan.

    Walau bagaimanapun, penggunaan buah nanas perlu lebih berhati-hati kerana kandungan enzimnya yang tinggi boleh menyebabkan daging menjadi terlalu lembik jika diperap terlalu lama.

    Selain itu, kaedah memasak juga memainkan peranan penting kerana memasak daging pada suhu rendah dalam tempoh yang lebih lama dapat membantu menguraikan kolagen dan tisu penghubung.

    Sekali gus, kaedah memasak dengan api yang perlahan seperti braise sering menjadi pilihan kerana mampu menghasilkan tekstur daging yang lebih empuk, lembut, stabil dan sedap.

    Akhir sekali, teknik pemotongan daging juga tidak boleh diabaikan kerana daging sebaiknya dipotong bertentangan dengan arah urat atau seratnya bagi memendekkan struktur gentian otot, sekali gus menjadikannya lebih mudah dikunyah dan lebih lembut apabila dimakan.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Rahsia Rebus Daging Korban Cepat Empuk, Ini Teknik Mudah & Berkesan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah