29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eksesais tentera di Pahang perlu dapat perkenan sultan

    Shopee Sale

    Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini bertitah sebarang latihan dan eksesais ketenteraan di negeri itu perlu mendapat perkenan terlebih dahulu daripada Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Tengku Hassanal bertitah baginda memandang serius aktiviti latihan ketenteraan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya melibatkan kawasan kepulauan di Pahang yang dikhuatiri boleh menjejaskan ekosistem alam sekitar selain mengganggu flora dan fauna.

    Tengku Mahkota bertitah baginda tidak menolak pelaksanaan latihan ketenteraan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengalaman pegawai serta anggota ATM, namun aktiviti itu mesti dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar serta semua pihak.

    MENARIK:  Permohonan sijil halal kekal secara sukarela - Zahid

    “Pihak ATM dan semua jabatan atau agensi yang berkaitan perlu menyembah maklum dan mendapatkan perkenan Sultan Pahang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang latihan dan eksesais ketenteraan di Pahang,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

    Tengku Hassanal turut menegaskan ATM dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah itu, dan tidak akan teragak-agak meminta kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah