30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TV tak sampai: Pemilik syarikat didenda RM10,000 tipu PIBG 

    Shopee Sale

    Seorang pemilik syarikat perkhidmatan pendawaian elektrik didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah memperdaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah untuk membayar RM20,000 bagi pembekalan dan pemasangan enam unit Smart TV. 

    Hakim Zulhazmi Abdullah turut memerintahkan Mohd Khairudin Ali Amran, 40, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda. 

    Mohd Khairudin didakwa menipu pihak PIBG sebuah sekolah dekat Butterworth untuk mempercayai bahawa jumlah RM20,000 dalam sebut harga membekal dan memasang enam unit Philips Smart TV 65", namun hanya membekalkan empat unit manakala dua lagi yang berjumlah RM5,600 tidak dibekalkan. 

    MENARIK:  Bas terbalik di cerun: Apad tunggu laporan lengkap sebelum bertindak

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekolah terbabit pada 26 Mei 2023 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman denda minimum atas alasan dia menanggung isteri, dua anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya serta ibunya.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah