26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ya Allah, engkau tipu duit umat Islam kau tak kata sakau’

    Shopee Sale

    Walaupun dipertikai, bekas menteri agama Mujahid Yusof berkata pihak yang didakwa “sakau” wang Tabung Haji (TH) itu sebenarnya sudah dinyatakan jelas dalam laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan.

    "Ya Allah, engkau tipu duit umat Islam, itu kau tak kata sakau. Engkau tipu akaun umat Islam itu kau tak kata sakau. 

    "Dan jangan lupa, dalam RCI juga ada disebut dan digesa antara rekomendasinya untuk mengambil tindakan kepada siapa? 

    “Kepada kes-kes yang telah dilaporkan di dalam Tabung Haji. Yang itulah sakau kerana tidak ada pemantauan. 

    "Tidak ada satu tanggungjawab dalam mana masing-masing nak cari habuan dia," katanya yang juga pemimpin Amanah dalam siaran audio siar terbitan KiniTV.

    Pada 30 Jul lalu, Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh membangkitkan siapa yang sebenarnya “sakau” wang itu susulan namanya tidak dinyatakan jelas dalam laporan RCI.

    Sebaliknya Akmal berkata laporan RCI hanya berkisar kepada kelemahan tadbir urus.

    Laporan RCI yang dikeluarkan itu tidak mendakwa mana-mana ahli politik daripada Umno melakukan penyelewengan, rasuah atau kecurian. 

    Ia bagaimanapun menyatakan kebimbangan berkaitan campur tangan politik susulan lantikan beberapa pemimpin Umno sebagai anggota lembaga pengarah, antaranya Abdul Azeez Rahim.

    Abdul Azeez, bekas pengerusi TH, menegaskan tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap pengurusan operasi institusi itu kerana hanya memegang perananan bukan eksekutif sepanjang perkhidmatan dari 2013-18.

    Abdul Azeez Rahim

    Laporan itu mendedahkan lima pegawai TH dikenakan tindakan tatatertib iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Rozaida Omar; Ketua Pegawai Operasi, Adi Azuan Abdul Ghani; Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff; Ketua Pegawai Sumber Manusia, Mohd Hisham Harun serta Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid.

    MENARIK:  Kumpulan pertikai alasan mesyuarat JAC dibuat tergesa-gesa

    Tindakan itu membabitkan empat kluster kes iaitu penjualan saham dalam PT TH Indo Plantations, pelanggaran peruntukan Akta Syarikat 1965 berkaitan sumbangan RM22.12 juta kepada Yayasan Tabung Haji tanpa kelulusan awal menteri, pengisytiharan hibah bagi tahun kewangan 2017 serta tuntutan palsu.

    ‘Bukan Mujahid kata, tapi RCI’

    Sementara itu, Mujahid yang dikritik hebat sebelum ini susulan penjualan aset TH berkata, langkah dilaksanakan pada eranya diambil bagi menyelamatkan institusi umat Islam.

    "Sampai hari ini yang mereka tak tahu cerita aset itu dijual bukan kerana seronok-seronok, aset itu dijual bukan suka-suka tapi aset itu dijual sebagai sebahagian daripada proses menyelamatkan Tabung Haji.

    "Alhamdulillah diiktiraf sebagai pilihan yang terbaik untuk kita bertindak menyelamatkan Tabung Haji. Siapa kata? Bukan Mujahid kata, tetapi laporan RCI," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah