Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah memberikan pandangannya berhubung insiden seorang pemain bola sepak yang meninggal dunia akibat disambar petir ketika sedang beraksi di atas padang baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Ada Tawaran Lagi, Saya Terima Sahaja & Kritik Lakonan Dengan Baik’ – Intan Serah
Artikel Berkaitan: Pemain Yala FC Maut Disambar Petir Ketika Perlawanan Bola Sepak
Pendapat Intan

Menerusi hantaran di Threads, Intan atau nama penuhnya Intan Sarah Anisah Zulgafli, 27, berkata, kejadian itu mengingatkannya kepada pengalaman sendiri ketika menyertai satu perlawanan di Amerika Syarikat.
Terus teringat pengalaman saya masa dekat Amerika Syarikat. Ketika itu tengah perlawanan, cuaca okay sahaja. Panas, awan pun tak gelap.
Tapi bila tiba-tiba bunyi guruh (walaupun jauh), pengadil terus hentikan permainan.
Menurut Intan, tindakan tersebut adalah sebahagian daripada langkah keselamatan yang wajib dipatuhi oleh setiap penganjur bola sepak di Amerika Syarikat.
Saya terkejut sebab tak nampak pun cuaca macam nak hujan. Rupanya dekat sana memang ada protokol.
Lepas bunyi guruh terakhir, kena tunggu 30 minit baru boleh sambung balik.
Rakan pasukan saya kata, ini memang undang-undang dekat Amerika. Kalau tak ikut penganjur boleh dikenakan tindakan.
Justeru, Intan berharap agar semua pihak yang terlibat di dalam acara sukan sukan di negara ini akan lebih mengutamakan aspek keselamatan susulan beberapa insiden yang sama berlaku sebelum ini.
Saya sumpah terkejut sekejap, sebab kita di Malaysia selagi tak petir tak berhenti main. Sudah biasa dari kecil begitu, dalam liga pun macam tu.
Sudah banyak kali terjadi kes macam ini, mungkin dah sampai masanya kesedaran pasal bahaya petir semasa bersukan ini diperluaskan lagi sesama kita.
Salam takziah buat keluarga.
Terdahulu, media melaporkan seorang pemain bola sepak maut selepas disambar petir ketika sedang beraksi dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala FA Golok 2026 di Stadium Santiphap, Sungai Golok, petang Selasa.
Mangsa iaitu Sofwan Awae, 24, yang mewakili pasukan Yala FC, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan.
Insiden berkenaan turut menyebabkan beberapa pemain lain mengalami kecederaan, termasuk seorang rakyat Malaysia, Mohamad Alif Ezzahan Zulkifli, 22, yang bermain untuk pasukan Sam Colt.
Sumber: Threads
The post Intan Serah Kongsi Protokol Keselamatan Bola Sepak Di Amerika Syarikat – ‘Bunyi Guruh, Pengadil Terus Hentikan Permainan’ first appeared on OHBULAN!.





