34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump umum tarif 25 peratus ke atas kereta diimport ke AS

    Shopee Sale

    Presiden Donald Trump mengumumkan tarif 25 peratus ke atas kereta yang diimport ke Amerika Syarikat dalam usaha merangsang industri automotif domestik, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    "Langkah ini akan terus merancakkan pertumbuhan seperti yang belum pernah anda saksikan sebelum ini," katanya dalam pengumuman dari Pejabat Oval pada Rabu.

    Tarif 25 peratus itu akan berkuat kuasa pada 2 April dan dikenakan ke atas semua kereta yang tidak dibuat di AS, bermakna pengeluar AS dengan model yang dihasilkan di luar negara turut terjejas di bawah skim berkenaan.

    MENARIK:  Madani Mart: Peguam sanggah hujah 'bukan francais' Fuziah

    Tarif itu merupakan antara siri levi terbaharu yang dikenakan presiden AS sejak memegang jawatan. Setakat ini, Trump telah mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua import dari China serta tarif global 25 peratus ke atas produk keluli dan aluminium yang diimport.

    Pada Februari, Trump mengumumkan tarif menyeluruh 25 peratus ke atas semua import dari Kanada dan Mexico. Namun, beliau kemudiannya menangguhkan levi itu ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu yang mematuhi Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah