27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DUN Selangor kecoh isu babi: PN tuduh Wong derhaka

    Shopee Sale

    Satu pertikaman lidah dilaporkan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini selepas wakil PN cuba mengemukakan usul tergempar untuk merujuk Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki kepada prosiding disiplin.

    Langkah itu susulan gesaan Wong agar kerajaan negeri mempertimbangkan penggunaan sistem penternakan babi moden — yang dilihat wakil PN sebagai bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa tiada lagi penternakan babi dibenarkan di negeri itu.

    Dr Afif Bahardin (PN–Taman Medan)

    Dr Afif Bahardin (PN–Taman Medan) pada sekitar jam 11.30 pagi tadi bangun mencelah untuk membangkitkan usul tergempar ketika David Cheong (PH–Kajang) sedang membahaskan titah diraja.

    "Usul tentang memaklumkan bahawa usul ini untuk merujuk Yang Berhormat Seri Kembangan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," kata Afif memohon agar menentukan jika Wong wajar dikenakan tindakan disiplin, termasuk kemungkinan penggantungan.

    Dia turut bertanya kepada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San mengapa usul tersebut belum diluluskan.

    Bagaimanapun, Lau menjelaskan dia belum lagi menerima dan membaca usul tersebut.

    Lau Weng San

    "Maka saya akan semak sama ada usul ini telah dihantar dan saya akan meneliti isi kandungannya," katanya.

    "Saya hanya minta petua daripada speaker," balas Afif yang dengan pantas dijawab Lau, "tidak perlu petua dari saya."



    Lau kemudian meminta Afif duduk tetapi tidak diendahkan Adun itu yang terus berucap meminta penjelasan mengenai usulnya itu.

    "Cukup, cukup duduk, ini bukan perbahasan Yang Berhormat Taman Medan," kata Lau.

    MENARIK:  CAP bimbang kesan alam sekitar dari projek ECRL

    Speaker DUN dan Afif kemudian saling bertingkah untuk beberapa ketika dengan beberapa Adun lain juga bangun mencelah.

    "Duduk, duduk, saya kata Taman Medan duduk, jangan macam ini... semua duduk, duduk," tegas Lau.

    Wong Siew Ki (PH-Seri Kembangan)

    Ketua Pembangkang Selangor, Azmin Ali (PN–Hulu Kelang) pula campur tangan untuk meredakan keadaan namun secara tidak sengaja memburukkan situasi apabila mendakwa kenyataan Wong bukan sahaja biadab, malah boleh dianggap sebagai penderhakaan terhadap sultan.

    "Saya nak cari perdamainlah antara speaker dengan yang berhormat Taman Medan," kata Azmin.

    "Tak perlu," jawab speaker.

    Dewan terus kecoh dan kemudian Abbas Salimi Azmi (PH-Seri Serdang) menggesa Lau menggunakan kuasanya untuk mengarahkan mana-mana Adun yang mengganggu perjalanan sidang keluar dewan sekiranya ketenteraman gagal dipulihkan.

    Abbas Salimi Azmi (PH-Seri Serdang)

    Persidangan dihentikan seketika apabila Timbalan Speaker, Kamri Kamaruddin, mengambil alih pengerusi sidang.

    Selanjutnya, ketika diberi ruang berucap Azmin kembali menyasarkan Wong.

    "Kenapa Seri Kembangan menggunakan istilah-istilah yang terlalu kasar dan boleh dilihat sebagai menderhaka kepada Tuanku Sultan," kata Azmin.

    Preakas Sampunathan (PH–Kota Kemuning) seterusnya merujuk peraturan mesyuarat, menuduh wakil PN mengelirukan dewan dan menuntut mereka menarik balik dakwaan “penderhakaan” tersebut.

    Bagaimanapun, wakil PN kekal dengan pendirian masing-masing, mencetuskan pertikaman lidah antara Azmin, Dr Ahmad Yunus Hairi (PN–Sijangkang) dan Hilman Idham (PN–Gombak Setia) di satu pihak, dengan Preakas, Tony Leong (PH–Pandamaran) serta Abbas di pihak yang lain.

    Keadaan tersebut dilaporkan menyebabkan Cheong tidak dapat meneruskan ucapannya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah