Pelakon Datin Atikah Suhaime mendedahkan dirinya mengamalkan diet yang seimbang sepanjang tahun susulan genetik yang memiliki darah kacukan Pakistan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Terima Jambangan Bunga Duit RM10K Daripada Suami – ‘Terima Kasih Baby, Saya Sayang Awak’
Artikel Berkaitan: Suami Atikah Suhaime Kesal Dengan Pemikiran Netizen, Isu Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim Dipersoal
Darah Pakistan
View on Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat mengajukan persoalan sama ada bentuk tubuh badan anak lebih dipengaruhi faktor genetik daripada ibu bapa ataupun corak pemakanan harian.
Betul ke gemuk kurus ini genetik? Adakah kalau ayah atau ibu kita gemuk, anak akan mewarisi dan kita pun susah nak kurus.
Tertanya-tanya sebab tengok ada yang kurus tapi makan banyak tetap sama berat badan.
Yang gemuk pula, bila tengok keluarga dia pun memang semua lebih kurang sama dengan dia.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Atikah, 35, yang tampil bersetuju dengan kenyataan tubuh badan anak mewarisi genetik ibu bapa.
Menurut Atikah, Hari Raya merupakan satu-satunya musim di mana dirinya tidak mengamalkan diet untuk tubuh badannya kelihatan normal dan seimbang.
Betul. Mak saya darah Pakistan memang baka besar.
Senang gemuk. Jadi, kami memang kena diet sepanjang tahun.
Hari raya adalah satu-satunya musim yang kami tak diet untuk nampak badan normal.
Selain itu, adik beradik pelakon berusia 35 tahun itu turut mengamalkan diet yang sama susulan mewarisi darah Pakistan ibunya yang berbaka besar.
Kalau makan macam orang biasa, akan jadi gemuk.
Abang saya dan adik pun bersukan hari-hari, lari 10 kilometer untuk nampak badan normal.
Sumber: Threads @therealatikahsuhaime
The post Atikah Suhaime Dedah Diet Sepanjang Tahun – ‘Mak Darah Pakistan, Senang Gemuk’ first appeared on OHBULAN!.





